siape COMEL ikot sini tau..

Showing posts with label serrram. Show all posts
Showing posts with label serrram. Show all posts

Tuesday, October 7, 2014

siapa "penghuni" bilik kelas itu??

Assalamualaikum :)

#pray4ISLAM
#pray4GAZA
#pray4PLAESTINE
#pray4MALAYSIA 
#pray4MH370
#pray4MH17

v



vv



vvv



vv



v 


seperti biasa rutin aku masa masuk kerja 
8.30 pagi switch-ON kesemua lampu dalam library
lepas buka lampu aku tekan remote control air-cond
berderu-deru bunyik air-cond kedengaran di kala pagi yang sunyi itu
aku beralih pula pada komputer yang sebanyak 15 bijik itu
aku tekan suis pada dinding tuk setiap komputer
kemudian button ON pada komputer menyala
suasana masih sunyi..hatta bunyi cicak pon tak kedengaran
aku berjalan ke kaunter pula
kali ini aku hidupkan komputer sisi
aku tekan juga button ON untuk mesin scanner
aku beralih ke belakang kaunter 
aku tekan suis mesin fotostat di situ..

2, 3 student kelihatan masuk ke library
ade yang ke tandas..ade yang masuk baca paper
itu pemandangan normal pada mereka..
masih belom ade yang pelik lagi aku tengok
sehinggakan.....................

aku lihat 3 orang student masih duduk berteleku di tepi meja
aku hairan sebab setahu aku mereka ada kelas di bilik hujung library itu
sebab rasa curiga melonjak-lonjak aku terus bertanyakan mereka
tidak aku jangka jawapan dari mereka
"bilik class kunci kak.."
eh..mustahil jugak aku rasakan
bilik kelas hujung library itu memang tak pernah aku kunci
setiap kali habis kelas pintu bilik tersebut pasti akan dibuka
jadi sangat mustahil untuk bilik itu terkunci

memandangkan aku memang takde simpan kunci spare
tanpa berlengah aku ke office atas untuk ambil kunci spare
lepas kunci spare ade di tangan aku
terus aku buka pintu kelas yang terkunci itu
nasib baik....pintu kelas sudah boleh di buka
aku tarik nafas lega....!

datang lecturer untuk masuk kelas tersebut
sebelum itu dia memanggil aku sebentar
aku hairan juga kelihatan dia macam "ragu-ragu" untuk bercakap dengan aku

"didn't u feel any strange here..?"
"..nope..i xde rasa ape-ape pon..y sir..?" (aku tanya dia kembali)
"i feel strange here..every time i sit there..!" (sambil dia menunding jari ke arah sudut meja dalam kelas tersebut)
"wowowoo...wut u feel sir?..pls don't scared me.." 
"u know wut..i'm always feel something wrong here..uneasy feeling..like a dreaming also..last week..after we done our interview session here, I and R sit here..exactly the place were i'm always sit after class..then, u noe wut happened..?"
(erkk...aku dh naik bulu roma..)
"don't noe sir, wut happened??" (sambil tebeliak mata aku pandang beliau)
"when i was talking with R..at da same time i'm feel like dreaming..
and i saw one lady is holding her child..a girl..its behind my place.."
 (gulpp..!sambil aku pandang beliau dalam ati..)
"aku tak kacau ko..ko jangan kacau aku sebab aku datang sini nak keje T_T"

aku maseh "cool" macam biasa lepas dari insiden tersebut
mungkin "penghuni" tersebut memang ada (itu aku memang tak nafikan)
tapi selagi dia tak kacau aku dan aku pulak tak kacau dia
aku rase sume akan seperti biasa saja
buat lecturer yang "merasa" kehadiran "penghuni" tersebut
mekasih sebab sudi share ngan aku
aku rase bilik kelas tersebut "berpenghuni" sebab sebelum jadi classroom
bilik tersebut sudah terbiar agak lama
sebab itu orang tua-tua selalu pesan...

"jangan biar bilik/rumah kosong lebih dari 3 ari.."
 
mekasih Hencik Google - gambar hiasan semata              


Thursday, April 18, 2013

wanita secantik Ani - II

wanita secantik Ani - I

wanita secantik Ani - II (sambungan)

*******
sejak di bangku sekolah menengah lagi
Jamal memang sudah lama menaruh hati pada Ani
bukan sekali dua Jamal pernah berterus terang dengan Ani
malah lebih berpuluh kali Jamal ungkap cinta pada Ani 
namun semuanya ditolak mentah-mentah oleh Ani
Ani langsung tidak membalas cinta Jamal


pernah dulu Jamal memberi bunga ros merah pada Ani
dengan harapan Ani akan berlembut hati dan menerima cinta Jamal
namun hampa...bunga ros merah itu dibuang terus ke dalam bakul sampah
Jamal hanya memandang dari jauh
makin sakit hati apabila terpandang bunga ros merah yang dibelinya itu tersadai dalam bakul sampah
Jamal tidak putus asa
semakin Ani menolak pemberian Jamal semakin galak pula Jamal memberi
kali ini Jamal membeli sepasang anting-anting untuk Ani
habis wang saku pemberian ibunya digunakan untuk membeli anting-anting itu
seperti biasa Jamal akan bersemuka dengan Ani
kali ini tanpa berselindung Jamal menyua kotak kecil berbentuk hati itu pada Ani
Ani tidak mahu menyambut
malah menoleh tanpa memandang Jamal yang setia menatap wajah ayu Ani
Jamal tidak peduli
tangan Ani ditarik untuk pastikan kotak kecil berbentuk hati itu disambut Ani
Jamal puas hati apabila Ani berwajah kelat terpaksa mengambil pemberian Jamal
namun setelah pergi Jamal sekali lagi sakit hati apabila terpandang
kotak kecil berbentuk hati itu menerima nasib yang sama dengan ros merah pemberiannya dulu
Ani tidak langsung menerima pemberian dari Jamal
malah membuang terus segala pemberian Jamal itu
Jamal marah...kecewa...dan dendam pada Ani
ya...Ani perlu dibalas balik segala perbuatannya itu pada Jamal

*******
Ani semakin runsing melihat perangai Jamal yang semakin menjadi-jadi
kalau dulu Ani masih boleh berlembut dengan Jamal
namun kini tidak lagi
Jamal seperti tidak mahu faham mengapa Ani menjauhkan diri darinya
Ani tahu Jamal sudah lama menaruh hati padanya
namun Ani tidak mampu menerima Jamal 
Ani sudah ada Azman!
Ani tahu Jamal buat-buat tidak faham akan hal itu
Jamal juga sudah acap kali diberitahu oleh Ani supaya tidak lagi mengganggunya
namun hampa...Jamal jelas tidak mahu mendengar kata Ani
seakan-akan Ani itu adalah miliknya 
Ani semakin benci pada Jamal
memang sengaja Ani membuang segala pemberian Jamal
baik bunga, coklat, baju, buku...serta yang paling baru iaitu kotak kecil berbentuk hati
Ani tidak membuka langsung kotak kecil berbentuk hati itu



Ani tahu di dalamnya sudah semestinya barang yang agak mahal
cincin mungkin? 
arghhhhhh....biarlah mahal sekalipun
Ani benci pada semua pemberian Jamal
Jamal yang dikenali Ani dulu seorang yang pendiam dan tidak banyak cakap
kini dilihat semakin berani dan semakin agresif di mata Ani
Ani buntu untuk melepaskan diri dari Jamal

******
percintaan Ani dengan Azman bukanlah baru lagi
malah telah diketahui sejak mereka di bangku sekolah menengah lagi
namun itu semua tidak menjadi hal pada Jamal
Jamal hanya mahukan Ani dan sanggup berbuat apa saja untuk Ani
pernah juga Jamal diberi amaran oleh Azman
supaya tidak lagi mengganggu Ani
namun amaran itu tidak langsung diendah Jamal
Jamal hanya senyum sinis
semakin menjengkelkan di mata Azman
tidak cukup dengan amaran terdahulu
Jamal dibelasah teruk oleh Azman
ini kerana Ani telah mengadu perihal Jamal yang semakin keterlaluan kepada Azman
ekoran Jamal menarik kuat tangan Ani 
dan memaksa Ani untuk menerima kotak kecil berbentuk hati itu
Azman tidak betah diam lagi..Jamal perlu diajar!
pertemuan petang itu sudah dirancang Azman
Azman dengan sengaja menahan Jamal di persimpangan jalan kebun Pak Seman
Azman masih lagi berbahasa dengan Jamal
Jamal berdiri betul-betul di hadapan Azman sambil berbisik
"....Ani...hanya milik aku....ha ha ha.." 
melihat Jamal yang tidak mahu mengalah menambah berang Azman
Azman terus menumbuk muka Jamal
tapi Jamal tidak pernah membalas pukulan Azman
Jamal hanya membiarkan dirinya dipukul teruk oleh Azman
Jamal semakin seronok apabila melihat dirinya dipukul sambil memandang Ani yang menyorok di sebalik pohon kayu tidak jauh dari tempat itu
Jamal memang sanggup mati demi Ani!

*******

dalam kesamaran lampu pelita di ruang rumah usang itu
kelihatan Nenek Siah mengusap-usap kakinya yang kebas akibat lama bersila
malam itu seawal jam sepuluh Nenek Siah kelapangan setelah usai mengubat orang
kedatangan Jamal secara tiba-tiba di depan pintu rumah Nenek Siah
dengan muka yang membengkak serta lebam itu mengejutkan Nenek Siah
Nenek Siah kenal akan Jamal
Jamal budak kampung sebelah dengannya
sewaktu kecil dulu Nenek Siah pernah membidankan ibu Jamal
ibu Jamal pula sering mengunjungi Nenek Siah dengan membawa Jamal
Nenek Siah melihat Jamal memang budak yang pendiam
Jamal lebih senang memerhati sekeliling daripada bercakap
Jamal juga susah hendak rapat dengan orang luar
acapkali apabila sampai ke rumah Nenek Siah 
Jamal akan segera memencilkan diri di sebalik tiang seri rumah Nenek Siah
Nenek Siah sudah maklum dengan perangai Jamal itu
dibiarkan Jamal sendirian tanpa peduli
sengaja Nenek Siah membiarkan Jamal begitu
lama-kelamaan Jamal sudah tidak lagi menyorok di balik tiang seri
malah Jamal juga tidak segan untuk bercakap dengan Nenek Siah
sejak dari itu Jamal telah anggap Nenek Siah sebahagian dari keluarganya
Nenek Siah yang duduk di pinggir kampung
hidup sebatang kara dan hanya menyambung hidup dengan ilmu pengubatannya
katakan saja apa saja perubatan traditional yang Nenek Siah tidak tahu
membidan, mengurut, menjampi, mengubat saka, ilmu batin dan pelbagai lagi ilmu yang dituntut oleh Nenek Siah sejak dari zaman mudanya hingga kini masih lagi berbisa

******
Nenek Siah juga tahu perihal Jamal dengan Ani
satu ketika Jamal termenung jauh apabila datang ke rumah Nenek Siah
tanpa pamitan Nenek Siah menegur Jamal
tekaan Nenek Siah tepat!
Jamal termenung kerana Ani..
Jamal juga menceritakan betapa dia mencintai Ani dan ingin memiliki Ani
pernah Jamal menyuarakan kepada Nenek Siah supaya memberi minyak pengasih buat Ani
buatkan Ani tergilakan Jamal kembali
Nenek Siah kasihan akan Jamal dituruti juga permintaan Jamal
minyak pengasih yang telah siap dijampi Nenek Siah dibekalkan kepada Jamal
Jamal perlu memakai minyak pengasih tersebut dengan menyapu di kening serta belakang telinganya serta membaca mentera yang disuruh Nenek Siah
selain itu Jamal juga perlu mencalit minyak pengasih itu pada Ani dan menghembuskan mentera itu tepat ke wajah Ani



Jamal ketawa gembira dan puas apabila minyak pengasih itu kini dalam genggamannya
wajah Ani semakin terbayang-bayang dalam benak fikiran Jamal
namun...segala usaha Jamal telah musnah
segala pemberiannya pada Ani semuanya telah dibuang Ani
Ani juga memang tidak mahu memandang wajah Jamal apabila setiap kali Jamal cuba untuk bercakap dengan Ani
Jamal juga sudah tiada cara lain untuk memastikan minyak pengasih itu lekat pada Ani
akhirnya segala usaha Jamal sia-sia belaka
minyak pengasih itu seakan tidak lut pada Ani
Ani semakin menjauh dan makin membenci Jamal
aaarrrggghhhhhh.....!

********
kali ni Jamal nekad biarpun minyak pengasih dulu tidak memberi sebarang hasil
Jamal tahu Nenek Siah ada cara yang lebih berkesan
dalam pada menahan kesakitan akibat dipukul Azman
Jamal merayu kepada Nenek Siah untuk mendapatkan Ani dengan cara halus
pada mulanya Nenek Siah tidak setuju dengan permintaan Jamal
Nenek Siah tahu Jamal kini berdendam pada Ani
akibat ketaksuban Jamal untuk memiliki Ani 
Jamal kini sudah tidak endah akan dirinya sendiri
Nenek Siah memberitahu Jamal buruk baik permintaan Jamal itu
namun Jamal sudah nekad
Jamal tidak mahu pisang berbuah dua kali
biar dulu Jamal kalah
namun kini Jamal pasti menang!
segala pantang larang yang disebut oleh Nenek Siah akan Jamal turuti 
walau sesukar manapun pantang larang itu Jamal sudah tidak peduli


bertambah sakit hati Jamal apabila melihat Azman sah menjadi suami Ani
sepanjang hari perkahwinan Azman dan Ani
Jamal semakin tidak keruan
pada malam pernikahan mereka Jamal menyusup masuk ke belakang rumah Ani
di sebalik tombok berlumut itu Jamal memulakan operasinya
Jamal mengorek dalam lubang pada tepi tembok rumah Ani 
untuk menanam patung perempuan buatan Nenek Siah
setelah selesai tugasannya itu Jamal senyap-senyap menyusup pulang ke rumah
walaupun hatinya masih nanar dengan perkahwinan Azman dan Ani
tapi Jamal sudah tersenyum puas
lambat laun "pucuk di cita ulam mendatang" akan tiba
Jamal tidak sabar untuk menyaksikan hari tersebut
biar mereka rasai betapa sakitnya hati Jamal atas perlakuan mereka

******
dalam bilik tidur Jamal tidak mampu untuk melelapkan mata
terngiang-ngiang di fikiran Jamal melihat tindak tanduk Nenek Siah untuk menyelesaikan "tugasan baru" itu
jarum, limau, mata pisau belit, kemenyan, belut, lintah sawah, gambar Ani serta pakaian dalam milik Ani yang dicuri Jamal sewaktu melihat Ani menyidai baju di ampaian rumahnya 
telah dijadikan bahan untuk "tugasan baru" Nenek Siah
Jamal juga terpaksa minum darah belut yang dikelar hidup-hidup oleh Nenek Siah
walaupun merasa hanyir dan jijik Jamal gagahi juga untuk menghabiskannya
demi niatnya yang satu
Ani akan tetap menjadi milik Jamal seorang...!
selesai kesemua barang tersebut diperasap kemenyan
Nenek Siah mengumpal dengan selembar kain dan membentuk patung perempuan
setelah itu Nenek Siah memperasap patung buatan itu
dan memulakan bacaan menteranya
nama Ani serta Jamal diulang berkali-kali
agar dapat disatukan mereka berdua setelah Azman tidak lagi menjadi batu penghalang
walaupun Nenek Siah tahu ilmu santaunya itu boleh berbalik pada Jamal
namun Jamal tidak kesah dan sanggup memikul apa saja kemungkinan yang berlaku
maka malam itu di bawah sorotan pelita 
kepulan asap kemenyan serta bacaan mentera silih benrganti
Nenek Siah menyudahkan kerja "baru"nya itu demi Jamal yang dikasihi nya


 p/s : nama dan watak dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata..tiada kena-mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia...



dapatkah ilmu hitam Nenek Siah berjaya menhapuskan Azman dan mengembalikan Ani kepada Jamal???.... 


ikutinya nantiiii...........

Wednesday, March 27, 2013

wanita secantik Ani...

Azman dan Ani baru saja mendirikan rumahtangga
masih lagi bergelar Pengantin Baru dan malu-malu
seluruh kampung telah tahu perkahwinan merpati sejoli ini
pehuh dengan suasana yg meriah dan penuh gembira

*****
Azman si jejaka yg kacak serta baik hati di mata Ani
tiada siapa yg sesempurna Azman 
orangnya tinggi lampai dan berkulit sawo matang
badannya yg sasa serta berkumis nipis itu amat memikat Ani
walaupun mereka duduk sekampung
namun batas pergaulan mereka masih di jaga rapi
takut menimbulkan fitnah yg tidak baik di antara mereka
dikatakan juga Azman mirip pelakon Adi Putra di mata Ani



Ani pula si gadis ayu yg telah lama bertakhta di hati Azman
kulitnya yg putih gebu dengan alis lentik
wajahnya yg lembut serta suara nya yg lunak 
sering menjadi igauan tidur Azman
masakan tidak..Ani yg dahulu nya comot dan hingus meleleh
kini apabila dewasa sudah menjadi gadis yg paling cantik di kampung itu
Ani kini menjadi Nora Danish di mata Azman
tidak kira macam mana sekalipun Ani bergaya
di mata Azman...Ani tetap nombor 1 dalam carta hatinya



makin x keruan Azman tiap kali ingin keluar perlu melintasi rumah Ani
sekalipun Ani tidak menyapu sampah di luar rumah
Azman masih boleh lagi terbayangkan kelibat Ani
Ani menyiram bunga
Ani membakar daun kering
Ani menyapu laman
semua yg Ani buat seakan menarik di mata Azman
ohhh Ani...!

****
sepanjang tempoh perkenalan Azman dan Ani
tidak banyak permasalah yg timbul
keluarga kedua-dua belah pihak juga seakan-akan merestui perhubungan mereka
perbatasan pergaulan juga membuatkan mereka makin yakin
bahawasanya mereka berdua memang diciptakan untuk bersama selamanya
maka hari bahagia itu pun tiba...



Azman dan Ani telah selamat di ijabkabulkan
dengan hanya sekali lafaz
Azman sah menjadi suami Ani
dan Ani pula sah menjadi isteri Azman
maka segala perbatasan yg dulu kini sudah dapat dileteraikan
Azman dan Ani kini bebas untuk berpacaran
makin bahagia mereka meniti hari-hari yg bakal mereka lalui bersama








*****
ku sangka panas sampai ke petang..rupanya hujan di tengahari...

rumahtangga Azman dan Ani memang bahagia
namun..setelah beberapa bulan ini ianya sedikit mengelirukan Azman
ianya kerana Ani yg nampak sedikit aneh
bukan Azman tidak pernah nampak kelakuan ganjil Ani
pernah waktu mula-mula dulu Azman terlihat Ani 
sedang bercakap sorang-sorang semasa di dapur
sambil Ani memotong daging..Ani bercakap seperti menyembang



kadang-kadang Ani ketawa mengekek
Azman pasti tiada orang lain di dapur ketika itu
yg pelik Ani memotong daging di dapur tanpa memasang lampu..!
setelah di tegur Ani seakan terjaga dari mimpi
Ani terkejut dengan sapaan Azman
namun Ani berkata dia tidak mahu membazirkan elektrik di rumah ini

ekoran dari peristiwa itu
Azman tidak mahu lagi Ani bergelap di dapur semata-mata tidak mahu membuka lampu
Azman masih mampu lagi membayar segala perbelanjaan rumah itu
Ani akur...namun ada lagi perkara aneh yg membuatkan Azman masih keliru..
Ani seperti tidak sama sewaktu mula-mula mereka berkahwin
adakalanya ketika bercakap Ani seperti berbisik
mata Ani juga seakan meliar-liar melihat sesuatu
pernah Azman menyembang dengan Ani ketika minum petang 
sewaktu Ani menuang air ke dalam cawan
Azman perhatikan Ani seperti senyum mengejek
mata Ani juga meliar-liar ketika Azman sedang bercakap dengannya
Ani tidak lagi seperti dulu
ketika Azman bercakap..Ani akan setia menatap wajah Azman
itu yg Azman dambakan....

perhal perlakuan aneh Ani masih lagi Azman diamkan
ini kerana apabila saja keluarga Azman atau Ani datang berkunjung
Ani masih seperti sedia kala
melayan kerenah Azman serta kaum keluarga seperti dulu
Azman beranggapan mungkin Ani bosan ketika mereka saja berdua di rumah
Azman tidak lagi menaruh curiga pada Ani



pada satu petang
Azman dikejutkan dengan berita Ani telah hamil
berikutan Ani yg muntah-muntah secara tiba-tiba
apabila diberitahu Ani telah hamil Azman lah yg paling gembira
mungkin pembawakan budak yg menyebabkan Ani kadangkala berperangai aneh
ahhh...itu Azman sudah tidak kesah lagi
yg penting sekarang ini hanya Ani dan bayi dlm kandungan Ani

sama seperti ibu yg sedang hamil
Ani juga seperti itu
Ani suka mengidam benda yg pelik-pelik
hati ayam mentah Ani mengidam
daging mentah pon Ani pernah mengidam
kadangkala tak tercapai dek akal Azman untuk melunaskannya
ada ketika Ani mengidam untuk makan belut mentah
Azman turut kan...jenuh juga ke pasar basah untuk mencari belut 


























pabila sampai ke rumah Ani x tunggu lama
terus di sambar plastik belut di tangan Azman
Azman kuatir jika Ani makan tanpa masak belut tersebut akan menjejaskan kesihatan Ani
tapi Ani kelihatan sangat bertenaga
habis 3 ekor belut di makan Ani mentah-mentah..!
Azman tidak sanggup tengok bila Ani slumber saja makan belut mentah-mentah itu



paling terbaru bila Ani mengidam nak makan lintah sawah pula
hampir-hampir termuntah Azman bila mendengar keinginan Ani itu
kali ini Azman sudah bertekad
Azman tidak mahu lagi menurut kerenah Ani
apabila merasakan keinginannya tidak dituruti
Ani semakin bertindak kasar
Ani yg dulunya lemah lembut dan bersopan santun
kini menjadi bengis dan pemarah
Ani yg dulunya manis senyuman di bibir
kini hanya cacian serta makian yg terhambur keluar
ani yg dulunya sentiasa wangi dan harum
kini berbau busuk dan tengik bila bersama
tiada lagi Ani yg dicintai Azman dulu..

*****
Azman tidak tunggu lama lagi
Tok Imam, Ustaz Syakir serta orang surau dipanggil untuk mengubati Ani
perangai Ani yg makin pelik serta keinginan Ani yg x masuk akal
Azman rasa Ani bukan Ani yg dikahwininya dulu
Ani perlu diubati sebelum segalanya semakin parah..

Ani dibaringkan di ruang tamu rumah
Azman setia di sisi Ani ketika Ani sedang meronta-ronta untuk bangun
sedih Azman melihat keadaan Ani seperti itu
Tok Iman serta Ustaz Syakir menyuruh Azman memegang Ani supaya tidak terlepas
perut Ani yg dikatakan hamil itu pula semakin membusung besar
kelihatan urat-urat hijau timbul di permukaan perut Ani
Ani x berhenti menjerit kesakitan 
tatkala bacaan Yassin serta ayat-ayat suci Al-Quran dibacakan
Ustaz Syakir membacakan doa dan menghembuskan pada air untuk diminum Ani
Azman ditugaskan untuk memberi Ani minum
namun usaha Azman sia-sia
pabila air yg disua pada Ani telah diludahkan semula oleh Ani
sungguh Ani seperti dikuasai oleh "benda lain"
mata Ani semakin meliar sakan
mulut Ani meracau yg bukan-bukan
tubuh Ani kuat seperti kuasa seorang lelaki

Ustaz Syakir tidak berhenti di situ
kali ini Ustaz Syakir menyuruh Azman untuk menyapu air jampi tersebut ke muka Ani
hasil dari sapuan air tersebut Ani kelihatan semakin lemah
racaunya tidak kedengaran lagi
tenaga rontaan Ani juga semakin lemah
lantas Azman menyua air jampi tersebut untuk Ani minum
kali ini Ani minum tanpa paksaan
Azman menangis kegembiraan bila melihat Ani tidak lagi meronta-ronta
Ani keletihan dan terus terlena...

*****
Ustaz Syakir menyuruh Azman bertenang
moga segala yg akan disampaikan oleh Ustaz Syakir akan dpt dimaklumkan oleh Azman
Azman diberitahu bahawa Ani telah terkena santau
santau itu juga yg membuatkan Ani kelihatan seperti hamil
padahal Ani belum lagi hamil
Azman juga telah menceritakan kepada Ustaz Syakir segala perlakuan aneh Ani
Ustaz Syakir menasihati Azman supaya terus mengubati Ani
tidak putus doa kepada Ani
dan sentiasa banyakkan baca Al-Quran serta ayat-ayat lazim untuk memulihkan 
kembali semngat Ani

ekoran dari perubatan oleh Ustaz Syakir setiap hari
Ani semakin pulih
tiada lagi muntah kaca dan paku
tiada lagi meracau-racau waktu senja
tiada lagi rasa kepala berat dan berdenyut-denyut seperti hendak meletup
perut Ani yg dikatakan hamil itu kelihatan semakin mengempis
mujur juga Azman tidak memberi lintah sawah itu kepada Ani
dikatakan lintah itu kemungkinan besar mungkin akan lagi membahayakan
jika Ani memakannya..lintah tersebut mungkin akan berada dalam badan Ani
Azman mengucap syukur
semoga Ani akan kembali pulih seperti sedia kala

Azman ada bertanyakan kepada Ustaz Syakir
siapakah yg sanggup menghantar santau pada Ani
Ustaz Syakir tidak terus menjawab
Azman tahu Ustaz Syakir tahu akan hal itu
namun UStaz Syakir menasihati Azman supaya sentiasa bersangka baik terhadap orang
walaupun Ani yg terkena santau tersebut semakin pulih
Azman dan Ani perlu sentiasa berhati-hati
pendinding dari ayat-ayat suci Al-Quran perlu sentiasa menjadi perisai
agar santau yg pergi itu tidak akan kembali lagi.....
semoga kehidupan Azman dan Ani akan kembali bahagia seperti sedia kala

*****

di dalam bilik kosong di pinggir hutan
kedengaran suara orang menahan kesakitan
"ergghhh.....iskk...iskkk.."
Jamal mengaduh kesakitan
tidak di sangka ilmu santau yg dituntutnya 
akan musnah dengan Ustaz Syakir tersebut
Jamal tidak akan berhenti di situ..
Nenek Siah perlu memberi Jamal mentera yg lagi kuat
untuk Jamal mendapatkan kembali Ani 
Ani tetap akan menjadi milik Jamal 
walau secara hidup atau mati....
itu sumpah Jamal kepada Ani...

Ani tetap milik aku seorang.......! ha ha haaa




p/s: nama serta kesah ini hanya lah rekaan semata-mata...tiada kene mengena yg hidup atau yg sudah meninggal dunia...ini hanya rekaan dari ak semata-mata...feel-fell nk bt entri seram lah konon....tskkk! tsskkkk!


nak tau kesah Jamal??
ikuti -----> wanita secantik Ani - II

Thursday, January 24, 2013

Misteri Pukau 2 : Mengintip Pak Guard

sambungan kisah Pukau 1

sebelom kejadian pukau itu berlaku
semasa kami sume maseh dalam mood hepi sokong hoki korea
masih x lupe dlm memori silam ak
pasal "Pak Guard" ostel kami
org nya berbadan sasa & sedikit senyap
mmg x byk cakap pon
(tapi rupa beliau ak mmg dh lupa...aisehhh)

macam mana nk starting cerita pasal Pak Guard kami?



begini al-kesah nya..
berbekalkan cerita-cerita aneh yg d dengar oleh mbe2
perihal keanehan Pak Guard ostel
menjadi perbualan hangat semasa d bilik studi
perihal kelibat beliau dalam gelap
perihal beliau selongkar tong sampah
perihal beliau berjalan senyap tiba2 muncul
semakin menjadi topik hangat kami
al maklumlah...kami plak maseh d tingkatan 4
musim "honeymoon" tuk student form 4 he he he

berbekalkan cerita-cerita & maklumat yg d bentangkan
bertekad juga kami untuk menjadi penyiasat seperti Detective Conan
xpon nak jadik seperti Spy pon boley..
(al maklumlaa...dh nama pon pompuan...haruss laa serba serbi nk tau kn? haha)
untuk misi pertama kami
mengintip Pak Guard ostel
mmg keje gile kn?
seyesss...itulah yg kami lakukan
punya nk selongkar misteri nusantara nih...

(ak x masuk dlm misi nih....tp ak tau cite dari mbe yg terlibat)

intipan d buat lepas dari studi malam
esok nya weken (boley xtido pon xpa)
lewat malam itu
dengan terhendap-hendap melalui celah-celah tangga ostel


kami mengintip pergerakan Pak Guard
tanpa d sedari oleh beliau
mmg benar & jelas ternampak Pak Guard itu sedang menuju ke arah tong sampah
tong sampah yg terletak d hujung bangunan ostel
(area bilik air ostel kami)
yg menjadi tanda tanya...kenapa Pak Guard selongkar tong sampah??
kelihatan kelibat beliau pergi dari 1 tong sampah ke1 tong sampah
mencari sesuatu ntahh??
pengintipan masih d teruskan
kali ini Pak Guard menuju ke dining hall ostel kami
d waktu malam
mmg keadaan dining hall suram & gelap 
tp masih boleh terlihat kelibat bayang-bayang jika lalu d situ

di dining hall jugak
kelibat Pak Guard itu tadi masih mencuriga kan
beliau pergi kearah tong sampah
seperti sedang mencari sesuatu
terhendap-hendap kumpulan kami untuk melihat aksi Pak Guard
jarak antara tempat mengintip (d blok A) dengan dining hall agak jauh
namun masih boleh kelihatan kelibat Pak Guard itu
dalam pada tertunduk-tunduk kami
untuk melihat aksi Pak Guard itu sedang selongkar tong sampah

tiba-tiba.......


zapppppp!!!..........




Pak Guard itu menoleh terus kearah kumpulan kami yg sedang mengintip beliau

seperti panahan halilintar
pandangan yg cukop tajam dan tepat itu
terus kearah kami yg mengendap di balek tembok tangga blok A
dengan x cukop tanah kami berlari bertempiaran
ada juga yg terjerit sebab ketakutan
masing-masing terus menyusup ke dorm yg berhampiran
ada 3 dorm yg d terjah masuk oleh kami
ketakutan dengan renungan mata Pak Guard masih kelihatan
renungan mata yg cukop mengerikan
dan panahan tersebut seperti memberi isyarat kepada kami...

"...siap lahhh korang semua....ha ha haaa..."

malam itu juga kami masih selamat
namun ke esokan malam
kejadian PUKAU itu berlaku
siapa yg terlibat?
siapa yg melakukan?
siapa yg punya angkara?
itu semua masih tiada jawapan
kami masih buntu....



p/s: to be continue.....


(note: gambo ehsan Google)

Wednesday, January 23, 2013

Misteri Pukau 1: Pecah Masuk Dorm




kejadian ni berlaku semasa ak d tingkatan 4
maseh d asrama yg sama
blok ostel pon yg sama (ade 2 ketoi aje..blok A & blok B)
maseh juga ngn kwn2 yg sama all gegurl-gegurls only
maseh juga ngn warden2 yg sama
fiiiuuuhhhhh~

bagi ak ade baik & ade buruk nya skolah x cmpur ni..
yg buruk nya..kalo ade kecemasan yg memerlukan kaum lelaki
mmg kami yg harus berhempas pulas..
tapi walaupon penat jerih kami untuk itu
tapi kami dpt "belajar" banyakkkk
kami dpt belajar idup berdikari walaupon tanpa kaum lelaki
he he he...
okeh..melalut suddaa

maseh x silap wktu tuh ak & budak ostel 
jadik supporter tuk pasukan hoki korea
(cewahh..bunyik mcm gempak..sorak-sorak je pon)
mcm biase klo waktu mlm weken mmg xde istilah tido 
yg ade hnya "stay-up" pnjng malam
jgn igt stay-up tuk studi sje oke
menyembang laaaagggggiiiii baek...ha ha ha

tapi malam weken tuh sgt aneh skali
dlm sejarah ostel ak dh sunyi sepi wlwpon belom kol 12mlm
yg mane maseh lepak d bilik tivi
masing2 dh balek ke dorm
yg mane maseh merajin kn diri bt homework 
cepat2 kemas balek dorm tido
seyesss...
mmg sunyi sepi dan kami 1 ostel tido awal...
demmmmmm

esOk pagi nyaa...
ostel ak d gemparkan dgn 1 jeritan yg nyaring & panjang
"..aaaaaaaaaaaAAAaaaaaaaaaaaaa......aaaaaaaaaaaAAAaaaaaaaaaaaaa..."
kejadian d blok A..dorm yg paling hujung skali dekat level ak
berdekatan ngn toilet...
apa lagi bergegas laa  ktorg dari dorm laen ni nk menyibuk sekaki payung
sampai sje ke dorm berkenaan....


.."DORM A# KENE PECAH MASUKKKKK!!"..

oh maiiii goddd
so far yg ilang...
henpon / duet / pehtu beg galas d selongkar / pintu loker d buka ngn kunci **
haaa...yg pintu loker yg d bukak ngn kunci tu dasyattt
apsal dasyat??
sebab nya...kunci pintu tuh d bwh bantal 
ade plak mbe ak yg tido kt situ
dia langsung x sedar "makhluk" tu dok seluk bawah bantal dia
bile dh dapat kunci loker
teror plak dia boleh try bukak loker mbe ak tuh
mcm mana dia boleh tau??
wallahualam...

antara barang-barang len yg jadik mangsa
kad-kad d susun atas katil siap buat corak-corak
beg galas kene humban kt toilet
henpon dh kene rembat
duet pon same kne rembat jugak
yag jadik hal skg 1 dorm tuh langsung x sedar 
kejadian PECAH MASUK tuh
malam tuh pulak mmg kami semua tido lena x sedar kn diri
padahal mbe ak yg kene tu
dia jenis yg cepat sedar even tgh tido
tapi on that day.....dia LANGSUNG X TERSEDAR...

apabila rondaan d buat sekeliling ostel
kami ada terjumpa 1 benda yg "makhluk" ini tinggal kan
sangat menjijikkan
tapi itulah benda yg membuatkan kami 1 ostel x SEDAR KAN DIRI..
"makhluk" itu meninggalkan jejak nya..
iaitu "najis" nya untuk d jadikan PUKAU!!

ya...
rupa-rupa nya pda malam kejadian 
kami 1 ostel dok tido awal
& langsung x sedarkan diri d sebabkan 
"makhluk" itu telah mengamalkan PUKAU pada kami semua
mmg x d sangka-sangka
tapi ini yg telah berlaku pada kami 1 ostel
mujur tiada kejadian yg "trajik" berlaku atas kami

tapii...
d sebabkan "makhluk" itu telah meninggalkan jejaknya..
kami akan terus MENJEJAKI "makhluk" tersebut..
igt yaa..
sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua..



p/s: ikuti smbungan cite PUKAU kt entry pasni..oke ^^



(note:gambo ehsan Google)