Azman dan Ani baru saja mendirikan rumahtangga
masih lagi bergelar Pengantin Baru dan malu-malu
seluruh kampung telah tahu perkahwinan merpati sejoli ini
pehuh dengan suasana yg meriah dan penuh gembira
*****
Azman si jejaka yg kacak serta baik hati di mata Ani
tiada siapa yg sesempurna Azman
orangnya tinggi lampai dan berkulit sawo matang
badannya yg sasa serta berkumis nipis itu amat memikat Ani
walaupun mereka duduk sekampung
namun batas pergaulan mereka masih di jaga rapi
takut menimbulkan fitnah yg tidak baik di antara mereka
dikatakan juga Azman mirip pelakon Adi Putra di mata Ani
Ani pula si gadis ayu yg telah lama bertakhta di hati Azman
kulitnya yg putih gebu dengan alis lentik
wajahnya yg lembut serta suara nya yg lunak
sering menjadi igauan tidur Azman
masakan tidak..Ani yg dahulu nya comot dan hingus meleleh
kini apabila dewasa sudah menjadi gadis yg paling cantik di kampung itu
Ani kini menjadi Nora Danish di mata Azman
tidak kira macam mana sekalipun Ani bergaya
di mata Azman...Ani tetap nombor 1 dalam carta hatinya
makin x keruan Azman tiap kali ingin keluar perlu melintasi rumah Ani
sekalipun Ani tidak menyapu sampah di luar rumah
Azman masih boleh lagi terbayangkan kelibat Ani
Ani menyiram bunga
Ani membakar daun kering
Ani menyapu laman
semua yg Ani buat seakan menarik di mata Azman
ohhh Ani...!
****
sepanjang tempoh perkenalan Azman dan Ani
tidak banyak permasalah yg timbul
keluarga kedua-dua belah pihak juga seakan-akan merestui perhubungan mereka
perbatasan pergaulan juga membuatkan mereka makin yakin
bahawasanya mereka berdua memang diciptakan untuk bersama selamanya
maka hari bahagia itu pun tiba...
Azman dan Ani telah selamat di ijabkabulkan
dengan hanya sekali lafaz
Azman sah menjadi suami Ani
dan Ani pula sah menjadi isteri Azman
maka segala perbatasan yg dulu kini sudah dapat dileteraikan
Azman dan Ani kini bebas untuk berpacaran
makin bahagia mereka meniti hari-hari yg bakal mereka lalui bersama
*****
ku sangka panas sampai ke petang..rupanya hujan di tengahari...
rumahtangga Azman dan Ani memang bahagia
namun..setelah beberapa bulan ini ianya sedikit mengelirukan Azman
ianya kerana Ani yg nampak sedikit aneh
bukan Azman tidak pernah nampak kelakuan ganjil Ani
pernah waktu mula-mula dulu Azman terlihat Ani
sedang bercakap sorang-sorang semasa di dapur
sambil Ani memotong daging..Ani bercakap seperti menyembang
kadang-kadang Ani ketawa mengekek
Azman pasti tiada orang lain di dapur ketika itu
yg pelik Ani memotong daging di dapur tanpa memasang lampu..!
setelah di tegur Ani seakan terjaga dari mimpi
Ani terkejut dengan sapaan Azman
namun Ani berkata dia tidak mahu membazirkan elektrik di rumah ini
ekoran dari peristiwa itu
Azman tidak mahu lagi Ani bergelap di dapur semata-mata tidak mahu membuka lampu
Azman masih mampu lagi membayar segala perbelanjaan rumah itu
Ani akur...namun ada lagi perkara aneh yg membuatkan Azman masih keliru..
Ani seperti tidak sama sewaktu mula-mula mereka berkahwin
adakalanya ketika bercakap Ani seperti berbisik
mata Ani juga seakan meliar-liar melihat sesuatu
pernah Azman menyembang dengan Ani ketika minum petang
sewaktu Ani menuang air ke dalam cawan
Azman perhatikan Ani seperti senyum mengejek
mata Ani juga meliar-liar ketika Azman sedang bercakap dengannya
Ani tidak lagi seperti dulu
ketika Azman bercakap..Ani akan setia menatap wajah Azman
itu yg Azman dambakan....
perhal perlakuan aneh Ani masih lagi Azman diamkan
ini kerana apabila saja keluarga Azman atau Ani datang berkunjung
Ani masih seperti sedia kala
melayan kerenah Azman serta kaum keluarga seperti dulu
Azman beranggapan mungkin Ani bosan ketika mereka saja berdua di rumah
Azman tidak lagi menaruh curiga pada Ani
pada satu petang
Azman dikejutkan dengan berita Ani telah hamil
berikutan Ani yg muntah-muntah secara tiba-tiba
apabila diberitahu Ani telah hamil Azman lah yg paling gembira
mungkin pembawakan budak yg menyebabkan Ani kadangkala berperangai aneh
ahhh...itu Azman sudah tidak kesah lagi
yg penting sekarang ini hanya Ani dan bayi dlm kandungan Ani
sama seperti ibu yg sedang hamil
Ani juga seperti itu
Ani suka mengidam benda yg pelik-pelik
hati ayam mentah Ani mengidam
daging mentah pon Ani pernah mengidam
kadangkala tak tercapai dek akal Azman untuk melunaskannya
ada ketika Ani mengidam untuk makan belut mentah
Azman turut kan...jenuh juga ke pasar basah untuk mencari belut
pabila sampai ke rumah Ani x tunggu lama
terus di sambar plastik belut di tangan Azman
Azman kuatir jika Ani makan tanpa masak belut tersebut akan menjejaskan kesihatan Ani
tapi Ani kelihatan sangat bertenaga
habis 3 ekor belut di makan Ani mentah-mentah..!
Azman tidak sanggup tengok bila Ani slumber saja makan belut mentah-mentah itu
paling terbaru bila Ani mengidam nak makan lintah sawah pula
hampir-hampir termuntah Azman bila mendengar keinginan Ani itu
kali ini Azman sudah bertekad
Azman tidak mahu lagi menurut kerenah Ani
apabila merasakan keinginannya tidak dituruti
Ani semakin bertindak kasar
Ani yg dulunya lemah lembut dan bersopan santun
kini menjadi bengis dan pemarah
Ani yg dulunya manis senyuman di bibir
kini hanya cacian serta makian yg terhambur keluar
ani yg dulunya sentiasa wangi dan harum
kini berbau busuk dan tengik bila bersama
tiada lagi Ani yg dicintai Azman dulu..
*****
Azman tidak tunggu lama lagi
Tok Imam, Ustaz Syakir serta orang surau dipanggil untuk mengubati Ani
perangai Ani yg makin pelik serta keinginan Ani yg x masuk akal
Azman rasa Ani bukan Ani yg dikahwininya dulu
Ani perlu diubati sebelum segalanya semakin parah..
Ani dibaringkan di ruang tamu rumah
Azman setia di sisi Ani ketika Ani sedang meronta-ronta untuk bangun
sedih Azman melihat keadaan Ani seperti itu
Tok Iman serta Ustaz Syakir menyuruh Azman memegang Ani supaya tidak terlepas
perut Ani yg dikatakan hamil itu pula semakin membusung besar
kelihatan urat-urat hijau timbul di permukaan perut Ani
Ani x berhenti menjerit kesakitan
tatkala bacaan Yassin serta ayat-ayat suci Al-Quran dibacakan
Ustaz Syakir membacakan doa dan menghembuskan pada air untuk diminum Ani
Azman ditugaskan untuk memberi Ani minum
namun usaha Azman sia-sia
pabila air yg disua pada Ani telah diludahkan semula oleh Ani
sungguh Ani seperti dikuasai oleh "benda lain"
mata Ani semakin meliar sakan
mulut Ani meracau yg bukan-bukan
tubuh Ani kuat seperti kuasa seorang lelaki
Ustaz Syakir tidak berhenti di situ
kali ini Ustaz Syakir menyuruh Azman untuk menyapu air jampi tersebut ke muka Ani
hasil dari sapuan air tersebut Ani kelihatan semakin lemah
racaunya tidak kedengaran lagi
tenaga rontaan Ani juga semakin lemah
lantas Azman menyua air jampi tersebut untuk Ani minum
kali ini Ani minum tanpa paksaan
Azman menangis kegembiraan bila melihat Ani tidak lagi meronta-ronta
Ani keletihan dan terus terlena...
*****
Ustaz Syakir menyuruh Azman bertenang
moga segala yg akan disampaikan oleh Ustaz Syakir akan dpt dimaklumkan oleh Azman
Azman diberitahu bahawa Ani telah terkena santau
santau itu juga yg membuatkan Ani kelihatan seperti hamil
padahal Ani belum lagi hamil
Azman juga telah menceritakan kepada Ustaz Syakir segala perlakuan aneh Ani
Ustaz Syakir menasihati Azman supaya terus mengubati Ani
tidak putus doa kepada Ani
dan sentiasa banyakkan baca Al-Quran serta ayat-ayat lazim untuk memulihkan
kembali semngat Ani
ekoran dari perubatan oleh Ustaz Syakir setiap hari
Ani semakin pulih
tiada lagi muntah kaca dan paku
tiada lagi meracau-racau waktu senja
tiada lagi rasa kepala berat dan berdenyut-denyut seperti hendak meletup
perut Ani yg dikatakan hamil itu kelihatan semakin mengempis
mujur juga Azman tidak memberi lintah sawah itu kepada Ani
dikatakan lintah itu kemungkinan besar mungkin akan lagi membahayakan
jika Ani memakannya..lintah tersebut mungkin akan berada dalam badan Ani
Azman mengucap syukur
semoga Ani akan kembali pulih seperti sedia kala
Azman ada bertanyakan kepada Ustaz Syakir
siapakah yg sanggup menghantar santau pada Ani
Ustaz Syakir tidak terus menjawab
Azman tahu Ustaz Syakir tahu akan hal itu
namun UStaz Syakir menasihati Azman supaya sentiasa bersangka baik terhadap orang
walaupun Ani yg terkena santau tersebut semakin pulih
Azman dan Ani perlu sentiasa berhati-hati
pendinding dari ayat-ayat suci Al-Quran perlu sentiasa menjadi perisai
agar santau yg pergi itu tidak akan kembali lagi.....
semoga kehidupan Azman dan Ani akan kembali bahagia seperti sedia kala
*****
di dalam bilik kosong di pinggir hutan
kedengaran suara orang menahan kesakitan
"ergghhh.....iskk...iskkk.."
Jamal mengaduh kesakitan
tidak di sangka ilmu santau yg dituntutnya
akan musnah dengan Ustaz Syakir tersebut
Jamal tidak akan berhenti di situ..
Nenek Siah perlu memberi Jamal mentera yg lagi kuat
untuk Jamal mendapatkan kembali Ani
Ani tetap akan menjadi milik Jamal
walau secara hidup atau mati....
itu sumpah Jamal kepada Ani...
Ani tetap milik aku seorang.......! ha ha haaa
p/s: nama serta kesah ini hanya lah rekaan semata-mata...tiada kene mengena yg hidup atau yg sudah meninggal dunia...ini hanya rekaan dari ak semata-mata...feel-fell nk bt entri seram lah konon....tskkk! tsskkkk!
nak tau kesah Jamal??
ikuti -----> wanita secantik Ani - II
gegeh ko buat cerita cereka cenggini wehh..
ReplyDeletetabik spring kat ko! haha
This comment has been removed by the author.
Deleteaku gigih...yg gegeh ko laa cikCT oii..nk kawen dh tu haha
Deletewahh..best la cite seram ang nii..nk same level dgn Ramlee Awang Murshid ak rasa..hihi..!!
ReplyDeletebtw..ak suke gmbr hiasan dlm cite ini..haha!!
ha ha ha...mekasih2
Deletexde sama weh...Ramlee Awang Mursyid lgi hebatt (even ak x penah bace hehe)
hahahah..ak pun bc novel R.A.M tu xsempat nk habis..kire tkt intro je la level ang ni..haha..
ReplyDeletedh tanduss idea ak nk smbung cite ni weh...hahaha
Deletehot-hot chicken shit tol!! :p