Dalam pada ak tgh makan pagi-pagi tadi
cuma berlaukkan nasi putih bersama ayam goreng serta ikan kembong masak merah
sangat sedap siap letak kicap manis lagi tuk tambah perisa
sangat nyaman bila lauk serta nasi panas itu masuk dlm anak tekak
tiba-tiba ak teringat sesuatu...
yaa! ak amat pasti benda apa yg tgh berlegar-legar dlm pale otak ak
sebab semalam ak tgk buletin utama tv3
walaupon sekarang masih tgh hangat isu Lahad Datu
setiap ari jugak ak akan belek paper Kosmo Online tuk update berita
sampai ke hari ini isu Lahad Datu masih belom boleh di isytihar aman lagi
Al-Fatihah buat arwah pejuang kita yg telah pergi semasa bertempur
mungkin mereka bukan saudara dekat kita..
tapi yg pasti mereka saudara seIslam kita
panjatkan doa kepada-Nya agar pertumpahan darah seumpama ini tidak lagi berlaku
selingan dari isu Lahad Datu..
masih ingat lagi x kita pada golongan etnik Rohingya??
masih lagi ak tgk berita buletin utama tv3
sgt terkedu..
sgt terkejut...
sgt sedihh....itu yg ak pasti
golongan etnik Rohingya ini sedang melarikan diri
mereka sedaya upaya merentasi laut untuk menyelamatkan diri mereka
dari tgh laut mereka hendak ke tepi pantai
meredah pula tanah selut lumpur untuk ke pantai
sungguh dasyat melihat keadaan mereka
diberitahu mereka ini telah berada 12hari di tgh-tgh laut
12hari mereka survival..
paling sedih ada juga kanak-kanak kecil turut sama dlm survival ini
mereka perlu meneruskan hidup
walaupon nyawa di hujung tanduk sekalipun
MasyaaAllah...
sungguh ak x sanggup nk tgk saudara seIslam sedemikian rupa
etnik Rohingya ini melarikan diri kerana mereka diancam bunuh
sedangkan duduk di tanahair mereka sendiri juga tidak lagi selamat
d mana letak harga diri manusia-manusia ini?
masih lagi berleluasa penghapusan etnik di Myanmar
ak jugak x sanggup nk tgk gambar-gambar kekejaman yg terjadi pada etnik Rohingya ini
Ya Allah..
Kau tempatkan lah saudara seIslam ini di tempat golongan orang yg beriman
sesungguhnya mereka ini telah tersiksa semasa hidup mereka
tempatkan lah mereka di Syurga yg kekal abadi..
amin..
tidak dilupakan juga saudara seIslam kita di Palestin sana
mereka juga turut sama ditindas
mereka juga turut sama terkorban
mereka juga turut sama berperang
sesungguhnya Islam bukan musuh yg perlu dihapuskan
Islam juga bukan puak yg perlu dilenyapkan
Islam juga bukan pengganas bangsa
amat sedih jika kita di labelkan seperti ini
Islam itu agama yg indah
Islam itu sgt menitik beratkan keharmonian
Islam itu sgt bertoleransi
Islam juga mengambil berat kepada musuhnya
lihat??
betapa mulianya Islam itu sendiri
tapi masih juga kita x berpuas ati duduk di negara yg aman damai ini
kita masih boleh makan sedap-sedap
kita masih boleh tido lena di katil
kita masih boleh bergelak ketawa tgk tivi
kita masih boleh mendengar lagu-lagu di corong radio
masih x bersyukur kah kita??
Islam perlu bersatu untuk kuat
musuh juga pasti gentar pabila Islam bersatu hati
peperangan mulut tidak akan membuahkan hasil
yg pasti pertempuran di medan perang
bersihkan minda kita dari anasir-anasir jahat
yg bisa mengugat keimanan kita sebagai seorang Islam
ayuh semua!
bersatu hatilah kita sesama saudara seIslam...!
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!
p/s: hanya secebis luahan hati ini.....
No comments:
Post a Comment