siape COMEL ikot sini tau..

Friday, June 9, 2017

awak maafkan saya T_T

Assalamualaikum :)

Kehadapan awak yang di rindui,

Firstly, saya nak mohon beribu maaf pada awak atas "kata putus" yang saya telah buat T_T 
sumpahh ini adalah keputusan yang paling sukarr yang penah saya buat sepanjang saya hidup 
but deep in my heart saya memang berat hati untuk buat keputusan ini
iyaa..dan saya tahu saya dah patah-patahkan hati awak kan..?
saya juga dah patah-patahkan impian awak kan..?
hati dan impian saya juga begitu awak...T_T
ketahuilah bahawa saya juga rasa sama seperti yang awak rasa
hanya Allah SWT saja yang mengetahui isi hati kita awak

Awak, saya mahu awak terus kuat untuk meneruskan kehidupan selepas ini
ya, begitu juga dengan saya..saya juga perlu kuat untuk tempuh hari-hari yang mendatang
cuma satu yang saya pinta, awak janganlah menyepikan diri
awak buat saya akan rasa lebih sedih dan bersalah T_T
walaupon jika jodoh kita sampai di sini tetapi saya mahu ukhwah persahabatan yang kita ada tetap terjalin macam dulu dan sampai bila-bila..boleh kan awak..?

Awak, apa yang saya mahu katakan awak adalah lelaki pertama yang benar-benar sudah sentuh hati saya
yang boleh terima baik dan buruk saya dan paling istimewa awak dah "masak" dengan perangai saya yang ntahape hape dan suka merajuk tak tentu hala ini #ismybad
awak pandai pujuk saya kembali walaupon sebenarnya saya juga lah yang selalu "cari pasal" dulu
saya terang-terang tak reti nak pujuk awak..itu memang saya admit tak reti nak pujuk orang 
awak...maafkan saya T_T

Awak ingat tak semua tarikh-tarikh istimewa buat kita berdua :)
diam tak diam hampir 1tahun lebih untuk relationship kita ini..Alhamdulillah

1/5/2016 - awak dan saya dah declair (masa ini first time kita dating official..awkwardnye lah time nih sebab saya dengan awak dulu kan dah memang "geng" hahahahh..mekasihh sebab belanja saya makan Vivo dah la sedap pastu dapat makan free pula) 

8/7/2016 - family awak datang merisik (masa ini raya ke-3 kan..saya ingat awak main-main masa bagitahu family nak dating beraya..saya yang noob ni ingat datang beraya sajalah macam biasa tapi rupanya ada bawak hajat..againnn saya rasa macam nak pengsan masa terima cincin merisik tu hahahahh)

25/12/2016 - awak dan saya selamat bertunang (Alhamdulillah, awak memang nekad nak bertunang tahun lepas jugak ikutkan masa tu saya macam nak delaykan sebab mak saket T_T..tapi menjadi juga majlis kita yang serba ringkas tapi meriah tu..kita ikat selama 1 tahun kan awak)

Kita merancang, Tuhan tentukan..
saat saya menulis dalam belog ini pon saya rasa macam dalam mimpi
saya tak pasti adakah betul atau tidak tindakan saya ini
ya saya mengaku tindakan saya ini seperti selfish, ego, tak jaga hati awak, mainkan perasaan awak, dan macam-macam lagi (maafkan saya awak...T_T)
tapi saya terpaksa juga buat keputusan tersebut demi masa depan kita

Awak, saya sentiasa ada untuk awak dan saya tidak akan lari ke mana-mana pon sebab saya akan sentiasa support awak walau kita tak dapat bersama lagi..sebab itu saya sedihh sangat bila awak putuskan tidak mahu bermessage / tidak mahu call saya sehingga awak benar-benar "ready" untuk itu T_T
saya "rasa" apa yang awak "rasa" itu T_T cuma saya tak kotakan janji..saya tetap message awak selang dari 2 hari kita "senyap"..saya tak sanggup biar awak lama-lama menyepi macam ini awak
saya juga bukan tengah berseronok dengan semua ini..saya juga sentiasa ingat awak walau apa saja kerja yang saya tengah buat..cuma maafkan keputusan saya tersebut T_T

Awak, saya mahu awak teruskan kehidupan dengan lebih sempurna dan fokus selepas dari ini
saya sentiasa doakan yang baik-baik saja tentang awak (diharapkan awak juga begitu)
bilamana awak cakap akan lah insan yang akan sentiasa kurang kasih sayang..tolong awak..tolong jangan cakap macam itu..kasih sayang yang awak tunjuk dan beri pada saya itu akan sentiasa saya hargai dan semai dalam hati ini sampai bila-bila..saya tidak sekat awak nak rasa kasih sayang Mak dan Abah terutamanya :) awak sentiasa dialu-alukan untuk mereka..boleh kan awak..?

Awak, saya mohon tolong jangan "buang" saya dari memori atau hidup awak T_T
saya akan sentiasa ingat memori-memori manis bersama dengan awak sungguh itu sangat indah
mana mungkin saya dapat melupakan..jangan "buang" saya ya awak..?

buat family yang masih belum ketahui status kita ini, saya perlukan masa dan waktu yang sesuai untuk berbincang dan memberitahu duduk perkara sebenar tentang hubungan saya dengan awak (saya pasti awak pon begitu kan..maafkan saya sekian kali sebab dah susahkan semua pihak)
awak doakan semoga selepas ini akan jadi yang baik-baik saja untuk kita berdua ya

Akhir kata buat awak, maafkan saya untuk sekalian kalinya kerna tidak mampu untuk meneruskan perhubungan ini hingga ke jinjang pelamin T_T (sememangnya ini adalah harapan dan impian kita berdua) saya tidak akan putus untuk mendoakan kesejahteraan awak (begitu juga dengan awak)


"..andainya tiada jodoh,
untuk ke singgahsana
ku pasrah kan segalanya
moga takdir yang akan menentukan
Impian Kasih..." 


 
nota kaki : awak, maafkan saya...

Tuesday, March 7, 2017

"si berat hati"

Dear susah hati,
 
aku tak mintak banyak
cuma mintak kumpul saki-baki kekuatan dalam diri
untuk meneruskan hidup selepas ini
hidup yang aku sindiri pilih
 
T_T
 
jangan ditanya kenapa dan mengapa?
anggap saja mungkin ini sudah "tertulis" olehNya
waima berattttt macam mana sekalipon
keputusan yang perlu dibuat
yakin pada Illahi
mungkin ada hikmah disebalik kejadian
jika sudah "tertulis" itu bukan rezeki untuk aku
pasrah dan redha
 
T_T
 
jika masih ada "sinar" untuk itu
aku bersyukurr pada mu Ya Allah
kerna masih memberi kesempatan untuk aku rasai nikmat itu
aku tidak mintak banyak
sebab aku tahu
Kau Maha Pemurah dan Maha Mengetahui
 
T_T
 
aku tak punya kekuatan untuk harung sendiri
tapi aku cuba
dan terus cuba untuk "bina" kekuatan diri
doakan aku agar terus "tegap" berdiri
sebab aku perlu menjaga family lebih dari diri ini
tak perlu bimbang tentang aku
kerna aku yakin pasti ada hikmah disebalik kejadian
 
T_T
 
buat "masa hadapan"
terima kasih kepada rasa bahagia selama ini
terima kasih atas rasa dihargai selama ini
terima kasih atas rasa disayangi selama ini
aku sentiasa mendoakan kesejahteraan bersama
"cinta tak semestinya memiliki"
cukup aku tahu
cukup juga kau tahu
hidup mesti perlu diteruskan
 
T_T
 
 
 
nukilan,
si berat hati
 
 
 
 
 
nota kaki :
tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang telah meninggal donia
hanya cerkon nukilan semata-mata
heh heh hehh 
 
 
#lifemustgoon

Wednesday, February 8, 2017

abam AVON

 
Assalamualaikum :)
 
benar lah bak kata pepatah
rezeki itu datang kepada kita dengan pelbagai cara dan rupa
datang nya rezeki itu cara diundang atau tidak undang
datang nya rezeki itu dengan tiba-tiba atau perlahan-lahan
waima macam mana sekalipun rezeki itu menjelma
kita harus terus bersyukur kepadaNya dengan segala nikmat yang diberikan
 
😍😍😍
 
"yang pipih takkan datang melayang
yang bulat takkan datang bergolek"
 
No 5 Anugerah Usahawan Muda
 Anugerah Unit Director
 Anugerah Icon AVON Malaysia
 Anugerah Golden Circle No 22
 
semoga terus dimurahkan rezeki
dilimpahkan rezeki yang halal tanpa penghujung
diberi kesihatan yang terbaik
diberi sifat penyayang yg berterusan
kekal toleransi antara satu sama lain
 
by knowing him (in personally)
he such a "workaholic" person i've ever meet
not just "workaholic" but damnnn "workaholic" person 
bukan main2 punye gila kelija ini olang maa..huhuu 
and now..u DESERVED for it dear 😉😉
proud of ur achievement..!!  
 
 
(naseb bukan jenis "stalker" ini olang..huhuhu
so kalo aku cakap merepek meraban kat sini pon for sure xkan tau punye..hehehehh)
 
 
 
nota kaki : Insyallah..pls pray for "our" happiness too 😉😉
 
 
 
#mrfiance
#M&N
#abamAVON
 


Thursday, January 26, 2017

pitipitiiii***

Assalamualaikum :)
 
sedih laa bila kita dah "kemaskini" segala macam urusan penting
 
letih laa bila kita dah sehabis boleh "setelkan" mane yang kita mampu
 
hampa laa bila kita sangat "komited" dengan sesuatu
 
tapi......
 
terus jadi "saket ati" dan sedihh sangat bila usaha kita macam diperkotak katik kan
 
T_T
 
boleh tahu kenapa ??
 
apa masalah korang sebenarnya ??
 
tunggakan aku dah setel kan dah
(6k++ weh..ingat 6 kupang ke T_T) 
 
monthly aku x missed bayar
(lepas dah setel bayaran tunggakan mmg aku dh kemaskini acc aku..
so tetiap bulan aku bayar ikot bape amount yg korang dh tetapkan rm306.41 kan
tp gigih aku bayar rm310 weh..T_T)
 
hurrmmmm

😞😞
 
 
mana datang jumlah 441.36 tu..??
sepatotnye tiap2 bulan aku just bayar 306.41 saja


boleh tahu kenapa ??
 
apa masalah korang sebenarnya ??
 
 
#apepontakbolehh
#jangantindasorang
#akusebaldengankorang

 

Thursday, January 5, 2017

#asweetthankyou_MN

Assalamualaikum :)


Alhamdulillah..berakhir sudah majlis #asweetthankyou pada 25 Dec 2016 lepas :) dikesempatan ini ingin saya mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH yg x terhingga kepada  
(yg menjadi tulang belakang saya selama ini) mak abah, ahli keluarga, adek-beradik, aunty uncle, sanak saudara, sepupu sepapat, sahabat handai, serta semuaaaaaaa yg terlibat dlm menjayakan majlis kecil ini :)
Mohon maaf sekiranya terdapat salah silap saya sebelum, semasa & selepas dari majlis ini..semoga dapat mendoakan yg baik-baik saja..Akhir kata yg baik datang dari-Nya dan yg buruk datang dari kelemahan saya sendiri..

 
Terima kasih juga buat :
1) sentuhan ajaib kak Saz Isa untuk 
mini pelamin & makeup yg superbb gojess (boleh order)
2) kek cun melecun hasil tangan homemade kak Apash Lyiana Tamizi (boleh order)
3) bunge tangan & gubahan hantaran dari my lovely sista Dila Osdon Wumyra Osdon
4) gubahan asam kreatif dari ibu mertua kazen Farah Wahida
5) homemade cookies & dipang superbbb dari Chenta Marion Ai (boleh order)
6) pulut kuning & rendang mabeless dari Kak Fizah :)
7) fotog tersohorr abg Ngah & uncle..niceee shoot sumee


ma lovely families 💖💖
edit masuk kan Along...hahahahaa
ma lovely Aunty & Uncle (belah mak)


ma lovely sistasss 👱👱👱💖💖

ma lovely siblings 👱👳👱

MakPidah sinyumm sipuutt..hehehehhh

ma cikenitss..ade lagi sorang tapi x boleh posing cam abg2 dia lagi ahhahaa

ma new family sebelah Taipingzz..insyallah 💖💖


ma new family sistass sebelah Taipingzz..insyallah 💖💖

gang RPSian..mekasihh dtg havoc komee hehehee
p/s : sumee masih available (bole isi borang hehehehh)

gang TAMBUNian..mekasihhh dtg Aida & family hehehehh
p/s: jugee masih available (bole isi borang heheheh)

ma sweetie..mekasihh datang dari jauhh Yong 💖💖

mohon betukaq pada VIVO V5 kalo nak jadik Ct Norhalizap
muahahahahahh 
 

mekasih MakZah (aka Mak Angkat hehehehh) sudik datang dari jauhhh 💖💖💖
ma UiTM gangzz

sume ade partner accept yang tengah hahahaaa
mohon isi borang jugeee

ma Hencik Tunang aka Mr Azman 💖💖
insyallah..mohon doakan perjalanan kami selepas ini amin

#asweetthankyou
#25december2016
semoga mendoakan kesejahteraan kami..Insyallah

Wednesday, December 21, 2016

asweetthankyou

Assalamualaikum :)

hahahahahahahhhaa
(mukadimah kasi gelak dulu sebenaqnya aku dah ketaq)
pejam celik pejam celik tinggai lagi 4 hari jaa
hahahahhahahahaa
tak pa..pelan-pelan kita review dalam belog yep
kasi penuh sket entri kat belog nih
kalau nak taw pasal ape..??

😁😁😁😁😁 ---> ni muka kerang busukk

aku cuma boleh katakan
harap 4 hari lagi semua akan setel dengan selamatnya
amin....amin....amin....
mohon korang sume pon mendoakan kesejahteraan 
terutamanya buat aku..family..adek badek..sedara mara..sahabat handai..
dan SEMUAAAAA sekali
hehehehehh

tiktoktiktok

ni salah satu adat orang Perak :)
hehehehehh
kalo teror cuba teka ape dalam balang tu..??
hehehehehhh

kalo sape teka betoi
aku belanje 1pcs deodorant AVON
muahahahhaa

😁😁😁😁😁 ---> ni muka kerang busukk

#cerkon_MN
#asweetthankyou

Friday, December 16, 2016

AVON_c24 boleh order sini :)

Assalamualaikum :)
mai terjahhh..
mai skodengg..
mai tengokk..
mai orderr..
(valid : 16 December 2016 - 15 January 2017)
kempen ini valid untuk tarikh tersebut..
bagi next kempen akan dihupload kemudian okay :)
boleh COD : area Sunway Tambun Ipoh
FREE POSTAGE : untuk pembelian melebihi rm50
boleh ORDER sekaranggg !! 




ni page no 10 & 11 yep..
termiss out pulak mase scan catalog kempen 24..hehehe



untuk ORDER boleh terus :
1) komen pada entri belog ini..
(sila sertakan no hp @ no wassap anda)
atau
2) boleh direct wassap >> 017-5038420 (nza odone) 
3) anda hanya perlu snap gambar barang yg ingin di order
4) bukti resit pembayaran perlu disertakan
5) barang akan dipos kepada anda (sekurangnya 3 hari waktu bekerja)