siape COMEL ikot sini tau..

Thursday, April 18, 2013

wanita secantik Ani - II

wanita secantik Ani - I

wanita secantik Ani - II (sambungan)

*******
sejak di bangku sekolah menengah lagi
Jamal memang sudah lama menaruh hati pada Ani
bukan sekali dua Jamal pernah berterus terang dengan Ani
malah lebih berpuluh kali Jamal ungkap cinta pada Ani 
namun semuanya ditolak mentah-mentah oleh Ani
Ani langsung tidak membalas cinta Jamal


pernah dulu Jamal memberi bunga ros merah pada Ani
dengan harapan Ani akan berlembut hati dan menerima cinta Jamal
namun hampa...bunga ros merah itu dibuang terus ke dalam bakul sampah
Jamal hanya memandang dari jauh
makin sakit hati apabila terpandang bunga ros merah yang dibelinya itu tersadai dalam bakul sampah
Jamal tidak putus asa
semakin Ani menolak pemberian Jamal semakin galak pula Jamal memberi
kali ini Jamal membeli sepasang anting-anting untuk Ani
habis wang saku pemberian ibunya digunakan untuk membeli anting-anting itu
seperti biasa Jamal akan bersemuka dengan Ani
kali ini tanpa berselindung Jamal menyua kotak kecil berbentuk hati itu pada Ani
Ani tidak mahu menyambut
malah menoleh tanpa memandang Jamal yang setia menatap wajah ayu Ani
Jamal tidak peduli
tangan Ani ditarik untuk pastikan kotak kecil berbentuk hati itu disambut Ani
Jamal puas hati apabila Ani berwajah kelat terpaksa mengambil pemberian Jamal
namun setelah pergi Jamal sekali lagi sakit hati apabila terpandang
kotak kecil berbentuk hati itu menerima nasib yang sama dengan ros merah pemberiannya dulu
Ani tidak langsung menerima pemberian dari Jamal
malah membuang terus segala pemberian Jamal itu
Jamal marah...kecewa...dan dendam pada Ani
ya...Ani perlu dibalas balik segala perbuatannya itu pada Jamal

*******
Ani semakin runsing melihat perangai Jamal yang semakin menjadi-jadi
kalau dulu Ani masih boleh berlembut dengan Jamal
namun kini tidak lagi
Jamal seperti tidak mahu faham mengapa Ani menjauhkan diri darinya
Ani tahu Jamal sudah lama menaruh hati padanya
namun Ani tidak mampu menerima Jamal 
Ani sudah ada Azman!
Ani tahu Jamal buat-buat tidak faham akan hal itu
Jamal juga sudah acap kali diberitahu oleh Ani supaya tidak lagi mengganggunya
namun hampa...Jamal jelas tidak mahu mendengar kata Ani
seakan-akan Ani itu adalah miliknya 
Ani semakin benci pada Jamal
memang sengaja Ani membuang segala pemberian Jamal
baik bunga, coklat, baju, buku...serta yang paling baru iaitu kotak kecil berbentuk hati
Ani tidak membuka langsung kotak kecil berbentuk hati itu



Ani tahu di dalamnya sudah semestinya barang yang agak mahal
cincin mungkin? 
arghhhhhh....biarlah mahal sekalipun
Ani benci pada semua pemberian Jamal
Jamal yang dikenali Ani dulu seorang yang pendiam dan tidak banyak cakap
kini dilihat semakin berani dan semakin agresif di mata Ani
Ani buntu untuk melepaskan diri dari Jamal

******
percintaan Ani dengan Azman bukanlah baru lagi
malah telah diketahui sejak mereka di bangku sekolah menengah lagi
namun itu semua tidak menjadi hal pada Jamal
Jamal hanya mahukan Ani dan sanggup berbuat apa saja untuk Ani
pernah juga Jamal diberi amaran oleh Azman
supaya tidak lagi mengganggu Ani
namun amaran itu tidak langsung diendah Jamal
Jamal hanya senyum sinis
semakin menjengkelkan di mata Azman
tidak cukup dengan amaran terdahulu
Jamal dibelasah teruk oleh Azman
ini kerana Ani telah mengadu perihal Jamal yang semakin keterlaluan kepada Azman
ekoran Jamal menarik kuat tangan Ani 
dan memaksa Ani untuk menerima kotak kecil berbentuk hati itu
Azman tidak betah diam lagi..Jamal perlu diajar!
pertemuan petang itu sudah dirancang Azman
Azman dengan sengaja menahan Jamal di persimpangan jalan kebun Pak Seman
Azman masih lagi berbahasa dengan Jamal
Jamal berdiri betul-betul di hadapan Azman sambil berbisik
"....Ani...hanya milik aku....ha ha ha.." 
melihat Jamal yang tidak mahu mengalah menambah berang Azman
Azman terus menumbuk muka Jamal
tapi Jamal tidak pernah membalas pukulan Azman
Jamal hanya membiarkan dirinya dipukul teruk oleh Azman
Jamal semakin seronok apabila melihat dirinya dipukul sambil memandang Ani yang menyorok di sebalik pohon kayu tidak jauh dari tempat itu
Jamal memang sanggup mati demi Ani!

*******

dalam kesamaran lampu pelita di ruang rumah usang itu
kelihatan Nenek Siah mengusap-usap kakinya yang kebas akibat lama bersila
malam itu seawal jam sepuluh Nenek Siah kelapangan setelah usai mengubat orang
kedatangan Jamal secara tiba-tiba di depan pintu rumah Nenek Siah
dengan muka yang membengkak serta lebam itu mengejutkan Nenek Siah
Nenek Siah kenal akan Jamal
Jamal budak kampung sebelah dengannya
sewaktu kecil dulu Nenek Siah pernah membidankan ibu Jamal
ibu Jamal pula sering mengunjungi Nenek Siah dengan membawa Jamal
Nenek Siah melihat Jamal memang budak yang pendiam
Jamal lebih senang memerhati sekeliling daripada bercakap
Jamal juga susah hendak rapat dengan orang luar
acapkali apabila sampai ke rumah Nenek Siah 
Jamal akan segera memencilkan diri di sebalik tiang seri rumah Nenek Siah
Nenek Siah sudah maklum dengan perangai Jamal itu
dibiarkan Jamal sendirian tanpa peduli
sengaja Nenek Siah membiarkan Jamal begitu
lama-kelamaan Jamal sudah tidak lagi menyorok di balik tiang seri
malah Jamal juga tidak segan untuk bercakap dengan Nenek Siah
sejak dari itu Jamal telah anggap Nenek Siah sebahagian dari keluarganya
Nenek Siah yang duduk di pinggir kampung
hidup sebatang kara dan hanya menyambung hidup dengan ilmu pengubatannya
katakan saja apa saja perubatan traditional yang Nenek Siah tidak tahu
membidan, mengurut, menjampi, mengubat saka, ilmu batin dan pelbagai lagi ilmu yang dituntut oleh Nenek Siah sejak dari zaman mudanya hingga kini masih lagi berbisa

******
Nenek Siah juga tahu perihal Jamal dengan Ani
satu ketika Jamal termenung jauh apabila datang ke rumah Nenek Siah
tanpa pamitan Nenek Siah menegur Jamal
tekaan Nenek Siah tepat!
Jamal termenung kerana Ani..
Jamal juga menceritakan betapa dia mencintai Ani dan ingin memiliki Ani
pernah Jamal menyuarakan kepada Nenek Siah supaya memberi minyak pengasih buat Ani
buatkan Ani tergilakan Jamal kembali
Nenek Siah kasihan akan Jamal dituruti juga permintaan Jamal
minyak pengasih yang telah siap dijampi Nenek Siah dibekalkan kepada Jamal
Jamal perlu memakai minyak pengasih tersebut dengan menyapu di kening serta belakang telinganya serta membaca mentera yang disuruh Nenek Siah
selain itu Jamal juga perlu mencalit minyak pengasih itu pada Ani dan menghembuskan mentera itu tepat ke wajah Ani



Jamal ketawa gembira dan puas apabila minyak pengasih itu kini dalam genggamannya
wajah Ani semakin terbayang-bayang dalam benak fikiran Jamal
namun...segala usaha Jamal telah musnah
segala pemberiannya pada Ani semuanya telah dibuang Ani
Ani juga memang tidak mahu memandang wajah Jamal apabila setiap kali Jamal cuba untuk bercakap dengan Ani
Jamal juga sudah tiada cara lain untuk memastikan minyak pengasih itu lekat pada Ani
akhirnya segala usaha Jamal sia-sia belaka
minyak pengasih itu seakan tidak lut pada Ani
Ani semakin menjauh dan makin membenci Jamal
aaarrrggghhhhhh.....!

********
kali ni Jamal nekad biarpun minyak pengasih dulu tidak memberi sebarang hasil
Jamal tahu Nenek Siah ada cara yang lebih berkesan
dalam pada menahan kesakitan akibat dipukul Azman
Jamal merayu kepada Nenek Siah untuk mendapatkan Ani dengan cara halus
pada mulanya Nenek Siah tidak setuju dengan permintaan Jamal
Nenek Siah tahu Jamal kini berdendam pada Ani
akibat ketaksuban Jamal untuk memiliki Ani 
Jamal kini sudah tidak endah akan dirinya sendiri
Nenek Siah memberitahu Jamal buruk baik permintaan Jamal itu
namun Jamal sudah nekad
Jamal tidak mahu pisang berbuah dua kali
biar dulu Jamal kalah
namun kini Jamal pasti menang!
segala pantang larang yang disebut oleh Nenek Siah akan Jamal turuti 
walau sesukar manapun pantang larang itu Jamal sudah tidak peduli


bertambah sakit hati Jamal apabila melihat Azman sah menjadi suami Ani
sepanjang hari perkahwinan Azman dan Ani
Jamal semakin tidak keruan
pada malam pernikahan mereka Jamal menyusup masuk ke belakang rumah Ani
di sebalik tombok berlumut itu Jamal memulakan operasinya
Jamal mengorek dalam lubang pada tepi tembok rumah Ani 
untuk menanam patung perempuan buatan Nenek Siah
setelah selesai tugasannya itu Jamal senyap-senyap menyusup pulang ke rumah
walaupun hatinya masih nanar dengan perkahwinan Azman dan Ani
tapi Jamal sudah tersenyum puas
lambat laun "pucuk di cita ulam mendatang" akan tiba
Jamal tidak sabar untuk menyaksikan hari tersebut
biar mereka rasai betapa sakitnya hati Jamal atas perlakuan mereka

******
dalam bilik tidur Jamal tidak mampu untuk melelapkan mata
terngiang-ngiang di fikiran Jamal melihat tindak tanduk Nenek Siah untuk menyelesaikan "tugasan baru" itu
jarum, limau, mata pisau belit, kemenyan, belut, lintah sawah, gambar Ani serta pakaian dalam milik Ani yang dicuri Jamal sewaktu melihat Ani menyidai baju di ampaian rumahnya 
telah dijadikan bahan untuk "tugasan baru" Nenek Siah
Jamal juga terpaksa minum darah belut yang dikelar hidup-hidup oleh Nenek Siah
walaupun merasa hanyir dan jijik Jamal gagahi juga untuk menghabiskannya
demi niatnya yang satu
Ani akan tetap menjadi milik Jamal seorang...!
selesai kesemua barang tersebut diperasap kemenyan
Nenek Siah mengumpal dengan selembar kain dan membentuk patung perempuan
setelah itu Nenek Siah memperasap patung buatan itu
dan memulakan bacaan menteranya
nama Ani serta Jamal diulang berkali-kali
agar dapat disatukan mereka berdua setelah Azman tidak lagi menjadi batu penghalang
walaupun Nenek Siah tahu ilmu santaunya itu boleh berbalik pada Jamal
namun Jamal tidak kesah dan sanggup memikul apa saja kemungkinan yang berlaku
maka malam itu di bawah sorotan pelita 
kepulan asap kemenyan serta bacaan mentera silih benrganti
Nenek Siah menyudahkan kerja "baru"nya itu demi Jamal yang dikasihi nya


 p/s : nama dan watak dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata..tiada kena-mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia...



dapatkah ilmu hitam Nenek Siah berjaya menhapuskan Azman dan mengembalikan Ani kepada Jamal???.... 


ikutinya nantiiii...........

No comments:

Post a Comment