Zakiah Anas pilih kawan lama jadi suami
PETALING JAYA - Personaliti TV3, Zakiah Anas sah bergelar isteri kepada ahli peniagaan berstatus duda, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan mereka di Masjid Kota Damansara di sini semalam.
Berpakaian serba putih, Zakiah, 46, dan Raja Shahrul, 42, dinikahkan oleh kadi Mohd. Arip Johdi pada pukul 11.35 pagi dengan berwalikan abangnya, Mohd. Adnan Anas.
Pada majlis yang hanya dihadiri oleh sanak-saudara dan rakan taulan terdekat itu, Zakiah menerima mas kahwin sebanyak RM13,500.
Zakiah ketika dihubungi semalam bersyukur kerana majlis pernikahannya itu berjalan lancar.
"Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan baik dan saya rasa bersyukur kerana dipertemukan dengan dia (Raja Shahrul)," ujarnya.
Walaupun mereka berkenalan sejak 21 tahun lalu ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara, pasangan itu hanya mula bercinta pada tahun lepas.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
sumber: Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1213&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2EtlR6I4G
Hakcipta terpelihara
p/s: pernah jugak dengar pepatah...sbenarnya JODOH kita..adalah org yg berdekatan ngn kita..mungkin mbe tadika..mungkin mbe skolah rendah..skolah menengah mungkin..teman seuniversiti...teman sekampung atau teman sekerja mungkin??...kalau dh JODOH mmg x kemana.. ^_^
Lantas, jodoh awak ada dekat2 je la kan. Cerr tengok rumah sebelah, ada tak lelaki kacak. Kalau ada, sila ajak kawen. Atau kalau nak dekat juga, mungkin john di petronas depan rumah tu. Hahahahhahaha
ReplyDeleteha ha ha...sedakkk la c John membace advice kak manes ni haa...kah kah kah
Deleteawat wat entry nih? teringat cinta monyet zaman skolah ke?? hehehe =p
ReplyDeletemonyet x mandang kt skolah ak dlu cheng...ha ha ha..sje je laa ni copy bite dr kosmo aje..huhu
Delete