siape COMEL ikot sini tau..

Wednesday, December 19, 2012

Miss Ripley

haa...makin emo tgk drama korean ni haa
pasal ape??
antara cinta kekasih kekeluargaan & persahabatan
perghhh...mmg klo boleh semua nk adil
tp dlm cite ni d sebabkan keinginan yg terlalu tinggi
sanggup plak ketepikan rasa kasih & sahabat tu ke tepi
wowowoowooo
mmg mentacingg kan jiwa 
even dpt tgk sekat2 (sbb dok tgu buffering)
tp pueh ati klo dpt abeskan 
1 siri 1 ari....ekekkee
klo tenet cepat sket boleh laa dpt 1 ari 2 siri
mmg x jdk koje le diknon..
ha ha ha

im meltinggggg...............



sinopsis cite ini :


"Jang Mi-ri sewaktu kecil dlu pernah tinggal d umah anak yatim slps kematian ayah serta ibu dia menghilangkan diri. Masa kt umah anak yatim seorang budak perempuan Seong Hee Joo juga berada d sana kerana kehilangan ibubapa nya ketika d supermarket. Satu hari sebuah keluarga dtg ke umah anak yatim nak ambil Hee-Joo sebagai anak angkat. Tetapi Hoe-Joo tidak mahu mengikut sebab dia hendak tunggu ibubapa kandung mencari dia d umah anak yatim tersebut. Kebetulan waktu itu, Hee-Joo tgh sakit & Mi-ri menyembunyikan Hee-Joo daripada d ambil oleh keluarga tersebut. Namun, Mi-ri pula yg d jadikan sebagai penganti untuk keluarga angkat Jepun tersebut. Kehidupan Mi-ri bersama ibubapa angkatnya di Jepun amat menyedihkan. Mi-ri disuruh melakukan kerja2 berat, tidak diberi makan & bekerja menjual rokok untuk membayar hutang bapa angkatnya yg kaki botol. Sewaktu menjual rokok, Mi-ri telah bertemu dgn Harayama (seorang bos di pusat kelab malam). Bermula detik itu, Mi-ri telah bekerja sebagai pelayan bar di kelab tersebut untuk menampung hutang bapa angkatnya. Keadaan semakin mendesak dan Mi-ri cuba melarikan diri daripada Harayama serta mahu berhijrah ke Korea. 


Mi-ri berjaya melarikan diri & di Korea, secara kebetulan berjumpa dengan Wakil Jang Myung-hoon ketika itu sangat terdesak untuk mencari pekerja yg boleh berbahasa Nakata, Jepun dengan fasih kerana mahu mengendalikan businessman yg datang menginap di hotel mereka. Pertemuan yg x dsangka ini telah menyebabkan Mi-ri diambil sebagai pekerja hotel tersebut walaupon Mi-ri tidak mempunyai sebarang kelayakan akademik. Untuk meneruskan hidupnya Mi-ri terpaksa menipu Wakil Jang dengan memalsukan sijil perakuan taraf akademiknya dari Universiti Tokyo. Mi-ri telah mencuri sijil akademik tersebut daripada Hee-Joo tanpa pengetahuannya semasa mereka bersama-sama tinggal serumah.



Song Yoo-hyun, sejak pertama kali bertemu dgn Mi-ri di asrama peperiksaan, dia telah jatuh cinta & sering kali mencari peluang untuk bercakap dgn Mi-ri. Namun, Mi-ri tidak menyukai Yoo-hyun kerana menganggap dia sebagai jurujual sahaja. Semasa di bawah selia Wakil Jang, keakraban yg dtunjukkan oleh Mi-ri serta sikap prihatin beliau telah membuahkan cinta pada Wakil Jang terhadap Mi-ri. Mi-ri juga mengambil kesempatan diatas sikap Wakil Jang itu untuk membolehkan dia terus berjaya mencapai kejayaan supaya lebih hidup senang & ternama. Tujuan utama Mi-ri adalah, tidak mahu hidup miskin lagi.

Hee-Joo telah bekerja di bawah hotel kumpulan Mondo iaitu milik ayah Yoo-hyun. Setelah mengetahui Yoo-hyun adalah pemilik no.2 kumpulan Mondo, Mi-ri telah menyusun strategi untuk menarik perhatian Yoo-hyun pula. Hubungan Mi-ri dgn Wakil Jang semakin menjauh & menyebabkan Wakil Jang menyiasat latar belakang Mi-ri apabila Harayama telah dtg ke hotel untuk mencari Mi-ri. 

Satu per satu kisah silam Mi-ri telah terbongkar, tinggal di rumah anak yatim, di ambil sebagai anak angkat oleh keluarga Jepun, bekerja sebagai pelayan bar, memalsukan sijil akademik & berbohong untuk bekerja sebagai pensyarah telah mengakibatkan Mi-ri semakin tidak dipercayai & Wakil Jang berjanji akan bertanggungjawab untuk menghantar Mi-ri semula ke "tempat asal" beliau. 

Pergolakan demi pergolakan berlaku, Yoo-hyun juga telah membongkarkan rahsia Mi-ri dimana beliau telah berjumpa dgn ibu kandung Mi-ri iaitu mak tiri Yoo-hyun juga. Apabila Mi-ri mengetahui ibu kandung sebenarnya yg dia ingin jumpa selepas 20 tahun ditinggalkan, Mi-ri tidak dpt menerima kenyataan bahawa Puan Kim Jeung Soo (ibu tiri Yoo-hyun) adalah ibu kandung beliau. Puan Kim juga pada awalnya tidak menyukai Mi-ri kerana menganggap Mi-ri hanya tamakkan harta mereka untuk berkahwin dengan Yoo-hyun. 

Akhirnya, Puan Kim menerima kenyataan bahawa Mi-ri ialah anak kandung yg ditinggalkan sejak 20 tahun lalu kerana ingin mengejar cita-cita berkahwin dgn usahawan kaya (ayah Yoo-hyun). Namun, Mi-ri masih tidak mahu menerima kenyataan ibunya Puan Kim. 



Setelah didapati bersalah dalam siasatan pendakwaraya terhadap Wakil Jang & Mi-ri dalam kes penipuan sijil palsu untuk bekerja telah mengakibatkan Mi-ri ditahan & dipenjara atas kesalahan berat yg dilakukannya. Wakil Jang pula telah meletak jawatan dari pengurusan hotel & kembali kepada pekerjaan asalnya sebagai Doktor di kampung. Puan Kim telah berhijrah ke Amerika untuk memulakan kehidupan baru di sana. Mi-ri selepas menjalani hukuman penjara kembali tinggal bersama Hee-joo & berkhidmat kepada rumah anak yatim yg tinggal dahulu. Soo-hyun kembali sibuk menguruskan perniagaan Syarikat Mondo & berharap sekiranya ada jodoh dia dgn Mi-ri, mereka akan bertemu kembali."


haippp...
abes dh cite drama korean 16 episod aje..
ikotkan dlm 1 ari boleh abes kot
tp phm2 jelaa tgk kt tmpt koje
ha ha ha
ending cite ni jek yg ak emo sket..
hailaaahh..pesal bt ending cmgitu
mmg laa klo ade jodoh pasti jumpe balek
tp kan..mcm x feel plak...hadoiii laa
xpe....layankan aje...nama pon drama kn? kn?











4 comments:

  1. abg tam sepaider layan lg tak.teringat aku ms sem 1 siap letak gmbr kat meja setadi lg. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejak menjak dia x pegang title "dude" nih...dia dh x igt ak dh...so pasrah laa ak..kne cari oppa hat len plak..ha ha ha

      ak buh kt meja studi ek??hahaha...malu..malu

      Delete
  2. peh,siap ad synopsis lg..class gitu.

    ReplyDelete