siape COMEL ikot sini tau..

Tuesday, April 1, 2014

andai aku yang PERTAMA O_o

andai aku yang PERTAMA....O_o

Indahnya tatkala menjadi yang PERTAMA
sejak di bangku sekolah pon 
masing-masing berebut untuk menjadi yang PERTAMA
yang PERTAMA di dalam kelas
yang PERTAMA di dalam setiap keputusan peperiksaan
yang PERTAMA di dalam setiap permainan
memang indah jika yang PERTAMA itu akan kekal hingga ke hujung nya

kini, melangkah pula ke zaman universiti
masih yang PERTAMA menjadi idaman kalbu
siapa mahu ketepikan jika kita sudah menjadi yang PERTAMA
para pensyarah juga tertarik pada yang PERTAMA itu
nama serta sanjungan juga pada yang PERTAMA tiada dua / tiga..
tipu kalau yang PERTAMA itu bukan pilihan hati
andai diberi peluang pasti yang PERTAMA itu menjadi dakapan hati

menjenguk saat berkasihan
masih yang PERTAMA ingin diduduki
walaupun sukar untuk menjadi yang PERTAMA namun
tidak mustahil kedua..ketiga..hatta keempat sekalipun
masih boley diganti untuk tempat yang PERTAMA

indah..
sangat indah menjadi yang PERTAMA
seolah-olah kita yakin yang PERTAMA itu akan memberi harapan 
seolah-olah kita yakin yang PERTAMA itu akan memberi kehidupan
seolah-olah kita yakin yang PERTAMA itu akan memberi keceriaan
andai itu takdir buat yang PERTAMA
siapa mahu menolak untuk menjadi yang PERTAMA..?

dikala senang kita yang PERTAMA bergelak 
dikala bersedih kita yang PERTAMA dicari
dikala runsing kita juga yang PERTAMA dikongsi
dikala mendapat khabar gembira kita yang PERTAMA juga akan diberitahu
alangkah indah nya menjadi yang PERTAMA itu..?    

namun..
jika panas sampai ke petang 
jangan disangka hujan tidak turun di tengahari
tidak mungkin yang PERTAMA itu sentiasa sempurna
kerna yang PERTAMA itu mungkin ada cacat cela nya
jikalau yang PERTAMA itu boleh binasa
kuatkan semangat untuk "tegak" kembali    
andai yang PERTAMA itu mungkin kecundang
jangan dibenci dipijak dicaci dimaki
sentiasa sematkan disanubari
yang PERTAMA itu pasti akan kembali 
kerna....
sekelumit rasa itu masih lagi tersimpan rapi
dari yang PERTAMA untuk yang terakhir mungkin
jika itu takdir yang sudah tertulis 
biarkan ianya menjadi suatu kenangan abadi
buat yang PERTAMA menyimpul kasih

andai aku yang PERTAMA...O_o

2 comments: