Kehadapan awak yang di rindui,
Firstly, saya nak mohon beribu maaf pada awak atas "kata putus" yang saya telah buat T_T
sumpahh ini adalah keputusan yang paling sukarr yang penah saya buat sepanjang saya hidup
but deep in my heart saya memang berat hati untuk buat keputusan ini
iyaa..dan saya tahu saya dah patah-patahkan hati awak kan..?
saya juga dah patah-patahkan impian awak kan..?
hati dan impian saya juga begitu awak...T_T
ketahuilah bahawa saya juga rasa sama seperti yang awak rasa
hanya Allah SWT saja yang mengetahui isi hati kita awak
Awak, saya mahu awak terus kuat untuk meneruskan kehidupan selepas ini
ya, begitu juga dengan saya..saya juga perlu kuat untuk tempuh hari-hari yang mendatang
cuma satu yang saya pinta, awak janganlah menyepikan diri
awak buat saya akan rasa lebih sedih dan bersalah T_T
walaupon jika jodoh kita sampai di sini tetapi saya mahu ukhwah persahabatan yang kita ada tetap terjalin macam dulu dan sampai bila-bila..boleh kan awak..?
Awak, apa yang saya mahu katakan awak adalah lelaki pertama yang benar-benar sudah sentuh hati saya
yang boleh terima baik dan buruk saya dan paling istimewa awak dah "masak" dengan perangai saya yang ntahape hape dan suka merajuk tak tentu hala ini #ismybad
awak pandai pujuk saya kembali walaupon sebenarnya saya juga lah yang selalu "cari pasal" dulu
saya terang-terang tak reti nak pujuk awak..itu memang saya admit tak reti nak pujuk orang
awak...maafkan saya T_T
Awak ingat tak semua tarikh-tarikh istimewa buat kita berdua :)
diam tak diam hampir 1tahun lebih untuk relationship kita ini..Alhamdulillah
1/5/2016 - awak dan saya dah declair (masa ini first time kita dating official..awkwardnye lah time nih sebab saya dengan awak dulu kan dah memang "geng" hahahahh..mekasihh sebab belanja saya makan Vivo dah la sedap pastu dapat makan free pula)
8/7/2016 - family awak datang merisik (masa ini raya ke-3 kan..saya ingat awak main-main masa bagitahu family nak dating beraya..saya yang noob ni ingat datang beraya sajalah macam biasa tapi rupanya ada bawak hajat..againnn saya rasa macam nak pengsan masa terima cincin merisik tu hahahahh)
25/12/2016 - awak dan saya selamat bertunang (Alhamdulillah, awak memang nekad nak bertunang tahun lepas jugak ikutkan masa tu saya macam nak delaykan sebab mak saket T_T..tapi menjadi juga majlis kita yang serba ringkas tapi meriah tu..kita ikat selama 1 tahun kan awak)
Kita merancang, Tuhan tentukan..
saat saya menulis dalam belog ini pon saya rasa macam dalam mimpi
saya tak pasti adakah betul atau tidak tindakan saya ini
ya saya mengaku tindakan saya ini seperti selfish, ego, tak jaga hati awak, mainkan perasaan awak, dan macam-macam lagi (maafkan saya awak...T_T)
tapi saya terpaksa juga buat keputusan tersebut demi masa depan kita
Awak, saya sentiasa ada untuk awak dan saya tidak akan lari ke mana-mana pon sebab saya akan sentiasa support awak walau kita tak dapat bersama lagi..sebab itu saya sedihh sangat bila awak putuskan tidak mahu bermessage / tidak mahu call saya sehingga awak benar-benar "ready" untuk itu T_T
saya "rasa" apa yang awak "rasa" itu T_T cuma saya tak kotakan janji..saya tetap message awak selang dari 2 hari kita "senyap"..saya tak sanggup biar awak lama-lama menyepi macam ini awak
saya juga bukan tengah berseronok dengan semua ini..saya juga sentiasa ingat awak walau apa saja kerja yang saya tengah buat..cuma maafkan keputusan saya tersebut T_T
Awak, saya mahu awak teruskan kehidupan dengan lebih sempurna dan fokus selepas dari ini
saya sentiasa doakan yang baik-baik saja tentang awak (diharapkan awak juga begitu)
bilamana awak cakap akan lah insan yang akan sentiasa kurang kasih sayang..tolong awak..tolong jangan cakap macam itu..kasih sayang yang awak tunjuk dan beri pada saya itu akan sentiasa saya hargai dan semai dalam hati ini sampai bila-bila..saya tidak sekat awak nak rasa kasih sayang Mak dan Abah terutamanya :) awak sentiasa dialu-alukan untuk mereka..boleh kan awak..?
Awak, saya mohon tolong jangan "buang" saya dari memori atau hidup awak T_T
saya akan sentiasa ingat memori-memori manis bersama dengan awak sungguh itu sangat indah
mana mungkin saya dapat melupakan..jangan "buang" saya ya awak..?
buat family yang masih belum ketahui status kita ini, saya perlukan masa dan waktu yang sesuai untuk berbincang dan memberitahu duduk perkara sebenar tentang hubungan saya dengan awak (saya pasti awak pon begitu kan..maafkan saya sekian kali sebab dah susahkan semua pihak)
awak doakan semoga selepas ini akan jadi yang baik-baik saja untuk kita berdua ya
Akhir kata buat awak, maafkan saya untuk sekalian kalinya kerna tidak mampu untuk meneruskan perhubungan ini hingga ke jinjang pelamin T_T (sememangnya ini adalah harapan dan impian kita berdua) saya tidak akan putus untuk mendoakan kesejahteraan awak (begitu juga dengan awak)
"..andainya tiada jodoh,
untuk ke singgahsana
ku pasrah kan segalanya
moga takdir yang akan menentukan
Impian Kasih..."
nota kaki : awak, maafkan saya...
No comments:
Post a Comment