siape COMEL ikot sini tau..

Thursday, August 11, 2016

TIPS UNTUK WANG ANDA DIKEMBALIKAN

Assalamualaikum :)
kalau dulu pernah dengar GORES & MENANG ??
tapi sekarang tidak lagi 
tapi cara perniagaan mereka lebih kurang sama..

mereka ini terdiri dari golongan remaja-remaja yang sangat peramah + pandai bercakap + berpenampilan kemas + sangat energetik + sangat approachable

modus operandi mereka senang saja.... 

1) mereka akan menarik perhatian dengar cara memberi beg-beg percuma

2) sekiranya dapat menarik perhatian si pelanggan (terutamanya golongan wanita berusia & lelaki berusia..kira senang cerita golongan veteren lah) mereka akan menjadi sejuta kali peramah dari yang biasa..kalau tak percaya cuba try ambil beg percuma tersebut

3) selepas ambil beg percuma tersebut mereka akan menyuruh si pelanggan untuk mengisi borang dengan hanya bayaran RM1..(borang tersebut sebagai kemaskini maklumat pelanggan..hanya RM1 apalahh sangat ye dak..xpe mereka akan proceed lagi) 

4) hahahaa..belom habis lagi..mereka akan menyuruh si pelanggan untuk mencabut sebarang kad kupon sebagai tanda cabutan bertuah..dan yaaa..sememangnya si pelanggan bertuah sebab sudah pasti kad cabutan tersebut menjanjikan hadiah-hadiah yang sangat lumayan..terutama hadiah voucher wang tunai

5) cuba tengok reaksi mereka setelah si pelanggan menang cabutan bertuah tersebut..mereka akan lebih eksaited mengalahkan si pelanggan yang menang cabutan..selepas itu mereka akan "pancing" si pelanggan untuk menebus voucher wang tunai tersebut dengan menjual produk barangan elektrik mereka..(masa ini mereka akan tunjukkan katalog pelbagai jenis barangan elektrik yang mereka jual)

6) jangan terkejut kalau si pelanggan tengok barangan elektrik yang mereka jual tersebut bernilai melebihi RM1000 - RM3000...murah bukan?? -_- apalah sangat harga barangan elektrik tersebut sebab si pelanggan boleh tebus dengan voucher wang tunai (maksimum RM800 tadi)..si pelanggan juga bukan dijanjikan dapat 1 barang..malah 3 barang sekaligus dengan membeli 1 barang elektrik dari mana-mana jenis produk yang mereka tawarkan...best bukan??

7) bagi para pelanggan yang sudah "dibasuh" oleh si penjual ini mereka hanya membayangkan dengan hanya RM1 (isi borang) + RM800 (nilai voucher wang tunai) si pelanggan dapat memiliki 3 jenis barangan elektrik dengan mudah...padahal si pelanggan "sudah terlupa" yang mereka telah membeli barang elektrik yang bernilai RM3000 itu tadi..

8) si pelanggan yang sudah "kena" dengan mereka akan membuat bayaran samada secara langsam atau bayaran ansuran..mudah bukan?? bagi yang ingin bayar secara langsam mereka akan eskot si pelanggan terus kepada ATM mesin bagi memastikan si pelanggan betul-betul mengeluarkan duit untuk membuat bayaran nanti...sangat concernkan mereka ini -_-

9) apabila bayaran telah dibuat..maka seronoklah si pelanggan mendapat 3 jenis barangan elektrik tersebut dengan hanya RM1 + voucher RM800 tersebut..sesungguhnya si pelanggan ini terlupa bahawasanya dia telah keluarkan RM3000 dari ATM mesin nya untuk membayar harga 3 barang elektrik tersebut...

seronok bukan..??? >_<
taktik meniaga yang "licik"..sebab bila ditanya :

1) kenapa korang hanya approach golongan makcik-makcik & pakcik-pakcik saja??
ehh..mane ade kak..kami tegur sume orang kot..akak kot yang X PERASAN..hehehe kan..kami tegur je sume..maybe nak tegur akak yang kami terlepas pandang..
(walhal..aku tetiap hari pegi ulang alik jalan depan tempat korang meniaga..kakak aku pon dok perati masa dia jalan depan korang..XDE SEORANG pon yang approach golongan muda macam kami..korang lebih berminat approach golongan veteren..sebab ape?? sebab golongan inilah memang TARGET mangsa korang..ye dakk??) -_-

2) kenapa korang meniaga tak tepek saja harga barang korang ni depan-depan biar sume nampak..kenapa perlu isi borang bayar RM1 laa dapat cabutan voucher la.. lepas tu end-up korang jual barang korang ribu-ribu pada customer?
eh..kak kami kan ade katalog..buat ape nak letak lagi harga kat barang nih...tapi kami xde paksa makcik beli barang tu kan..kan..
(pale otak kau..dari cara korang meniaga tu pon aku dah suspek korang memang SENGAJA nak kenakan golongan veteren camni sebab mudah bagi korang tuk influence supaya beli barang korang..padahal kalo korang pikir..makcik2 ngan pakcik2 yang jalan sorang2 tu dorang boleh pikir on-da spot ke nak beli barang2 elektrik sampai 2-3riban sekaligus..??kalo dorang nak beli sekalipon mesti dorang akan berjalan ngan anak2 atau ade orang yang akan guide dorang tuk beli barang2 elektrik..korang pikir-pikirkan lah..korang dah aniaya golongan veteren tersebut..korang boleh pikir lagi tak..duet 2-3riban yang dorang ade tu..dorang boleh beli ubat2..dorang boleh beli makanan..dorang boleh beli macam2 lagi keperluan tuk diri sendiri..korang pikir kalo MAK PAK KORANG kena aniaya camtu..ade korang pikir??)

3) kenape masa mak aku pegi ATM nak keluarkan duit korang ikot eskot sama?? 
nape nak eskot2 pulak?
yelaa kak dah mak akak nak kuarkan duet..saya ikot jelaa..macam la akak tuduh saya nak buat x baek pulak..mane ade saya nak kuar pisau ke kat mak akak..
(hawauu...xde pulak dalam sejarah orang pegi kuar duet ATM ade pulak orang sebelah yang kau baru kenal 5mnit tolong eskot kan..korang sendirik dah boleh assume ape aku pikirkan mestilah pikir yang bukan2 even korang xde niat...tp bila korang dah cakap "xde kuar pisau" bagai..kau ingat ape?? kau pikir sendirik lah bhaii...sebab tu aku suruh korang tepek saje harga kat barang ko tuh..x kesah laa bape RM sekalipon kalo orang nak beli barang ko..orang dah x kesah pasal harga lah..ini x..korang meniaga macam tu memang aniaya orang ko tahu x??)  

bla..bla..blaa..panjang lagi stori mori tapi aku cut it short..T_T

-return barang2 mereka kembali-
aku bukan nak caras korang meniaga..dan bukan niat aku nak tabur pasir ka tabur fitnah ka..
tapi aku cuma nak bagitahu CARA KORANG MENIAGA ITU YANG SALAH..


-korang aim golongan makcik pakcik (tolong jgn sangkal..sebab kalo korang approach golongan muda macam kami confirm korang xkan dilayan..lagi satu korang pikir golongan kami pendapatan maseh x stabil)

-korang influence dorang tuk beli barang (sampaikan makcik2 pakcik2 ini boleh "lupe" dorang sudah pon kuarkan duet riban2 tapi maseh lagi dorang pikir hanya RM1 dan voucher saja) 

-barang elektrik yang korang jual pon jenama pon baru pestime dengar (brand Zigma boleh gugel tengok price barang dia bape riban)

-harga barang korang pula memang ribu2 tak padan dengan kualiti (kalo nak compare brand Panasonic, Philips, Sharp bagai jauhhhhh lebih murah dan kualiti dari produk korang)


kalo korang nak meniaga sila meniaga secara TELUS..jangan ada unsur-unsur "hidden" 
aku tahu korang bukan MENIPU tapi cara korang meniaga itu yang MENIPU
memang korang jual produk..tapi cara korang menjual itu yang buat aku saket hati
tolong lah ea..   

bagi anda..anda..anda yang di luar sana
kalo mane yang sudah "terkena" macam kes ini
kalo korang nak counter-back duet tersebut 
SILA BERTINDAK SEGERA & SECARA PROFESSIONAL 
macam yang kami buat (boleh follow kalo nak follow) :

1) dengar dulu cerita keseluruhan dari "mangsa" (make sure keseluruhan cerita secara terperinci..berape kena bayar..ape barang yang dapat..macam mana dorang approach..segala details lah..ini sebagai evidence korang nak follow up balek cerita yang SAMA dengan penjual itu nanti)

2) segala bahan bukti pembayaran, resit, dokumen bagai sile lampirkan sekali untuk buat tuntutan..barang2 yang dapat pon jangan usik sebab korang nak return & refund balek duet "mangsa" kan

3) buat sedikit research berkenaan dengan company background (boleh tengok website), produk barang yang dijual, GST company registration, blog-blog yang mane ade kesah berkenaan "cerita" modus operandi yang sama macam kes "mangsa"..print screen blog, website sebagai bahan bukti (yaa..anda sedang bertindak bukan sekadar membuta tuli tapi ada bahan bukti) 

4) masa sesi untuk "bersemuka" dengan penjual korang mesti bawa atleast 2-3 orang sebagai saksi termasuk "mangsa" supaya korang boleh terus jumpa dengan "person-incharge" mase sesi jual beli itu berlangsung..lagi berkesan kalo anda seorang wanita sila bawa "bodyguard" anda seorang lelaki kalo boleh badan hat sado-sado lagi baguss..hahaha

5) mesti ingat anda mesti BERTEGAS dalam kes ini sekiranya anda ingin wang anda dikembalikan..sebab golongan peniaga ini akan sehabis boleh TIDAK AKAN REFUND duet anda malah mereka akan menukar balek barang tersebut dengan barangan lain..maka disini kalo anda tidak bertegas anda juga sama seperti "mangsa" T_T

6) BERTEGAS..BERTEGAS...BERTEGAS..
sampailah anda boleh pastikan wang "mangsa" dikembalikan dan barang penjual juga anda pulangkan..

7) sile buat perjanjian bertulis sementara (dalam tempoh masa sebelum wang dikembalikan) dengan tanda tangan anda, saksi anda, penjual, saksi penjual..hanya sertakan isi perjanjian yang sudah dipersetujui oleh kedua2 belah pihak itu saja..

sebagai contoh :
Saya ....(nama penuh "mangsa")....ingin wang saya dikembalikan secara tunai sebanyak ...(jumlah wang yg dipersetujui untuk refund)...dan baki sebanyak...(jumlah wang baki yg nak tukar dengan brg ni lps korang nego2 ngan penjual)...berserta (barang).
Dengan ini saya akan kembalikan semula barang2 seperti (sertakan list barang) kepada (nama penjual) setelah wang saya dikembalikan berserta baki barang.  
Perjanjian ini bermula dari...(hari, tarikh, jam berapa)...dan akan tamat selepas sesi refund pembayaran serta barang2 dipulangkan.

yang benar beserta tandatangan saksi :  
(serta 4 orang saksi - 2 belah "mangsa" + 2 belah penjual)   

Saya Jamilah bt Abu (bukan nama sebenar) IC no 601203-08-5110 (bukan IC sebenar) ingin wang saya dikembalikan secara tunai sebanyak RM2000 dan baki wang sebanyak RM288 akan ditukar kepada Mesin Pengurut Zigma. 
Dengan ini saya akan kembalikan semula barang-barang 1) Air Purifier Zigma 
2) Microwave Oven Zigma 3) Stim Mop Zigma kepada En Suka Suki bin Happy setelah wang saya dikembalikan berserta baki barang.  
Perjanjian ini bermula dari Jumaat, 1 July 2016 masa 2.00ptg dan akan tamat selepas sesi pembayaran semula serta barang2 dipulangkan.
Sekian terima kasih.

Saksi 1, Saksi 2, Saksi 3, Saksi 4
 

8) sila tunggu sehingga wang "mangsa" dikembalikan (minta secara tunai) dan anda pulangkan semula barang2 milik penjual secara baik...setelah selesai perjanjian sementara pon boleh lupus kira
 

Tepuk dada tanya iman..
Jangan tanya Aiman..
sebab kalo tanya Aiman..
Aiman jawab...TAK TAHU..


"kami bukan nak GADUH..kami cuma nak TOLONG"




#sharingiscaring
#sayNOtogoresmenang
#boikotgoresmenang
#jangananiayagolonganveteran

  

Wednesday, August 10, 2016

scuba diving


our "family" photo with G.A.D Team..
uols ohsemm!!

Assalamualaikum :)

 **entri ade "hangit" sikit..
24/7/2016 (ahad) lepas aku berpeluang join department graphic ke Damansara
motif utama ke sana sebab kitorang dapat join training scuba diving  secara PERCUMA 
(bebudak graphic masuk pertandingan lukih logo dan 
salah seorang pemenang dari budak kolej kami...yeayy deabakkk !!)
at first, memang aku takmau join memandangkan aku memang sejenis makhluk  
yang tak reti berenang
bile pikir balek mase try snorkeling dulu aku dah macam trauma pulak nak buat aktiviti dalam air nih..huhuhuhu seyess bhaii memang kau ase macam nak lemas sebab gabra lebih
tapi memandangkan sume F.O.C lepas tu kami akan ke IKEA 
(motif utama ke IKEA haruslah nak sebatt IKEA meatball yang lazatt tuh..)
 aku kuatkan semangat jugak join jugak lah aktiviti scuba diving nih

maka terhasil lah rupe aku yang sebegitu "fotogenik" dalam gambo underwater
kah kah kahh!! 

sume kusyuk dengo taklimat sebelom nak start diving dalam pool
keh keh kehh
Mr.Alex (instructor) tengah bg taklimat camne nak perbetoikan google
supaya air x masuk masa nak selam nanti
okay..kami dah masuk dalam pool..aku partner ngan kak Ija :)
Mr.Alex bg penerangan lagi details pulak berkenanan

signal dlm air, cara pakai equiment, tekan sana, picit sini..bla bla bla..
gilee..time nih aku dah mula "stresss" pluss gabra lolz hahahahaa

banyak kitorang suruh Mr.Alex ni repeat balek instruction hahahaha
punye laa jenuh nak "serap" sume info pasal nak guna equipment nih
tahap konpiden aku dah makin low + mata pon kabur sbb spek dah tanggai T_T
time nih Mr.Alex tunjuk signal dalam air sebab x kan nak bercakap pule kan..
nampak tak aku dah macam terkapai-kapai sebenarnye sebab aku tak reti nak
inhale dan exhale secara tenang dalam air T_T
(2-3 kali jugak aku terus naik ke permukaan nak sedut napaih..iskkk laa T_T)
hahahaha...burok sungguh aku dalam air
nak "bend" kaki pon aku dah keras kejung
tambah tak bape selesa pakai "fin" kat kaki tu
aku masih tengah up and down
kak Ija dah maintain dalam air..hehehehe
naseb laa Mr.Alex jenis sod.ba.ro hahahahaa

 finally.........!!!
dah macam gaya ape je dok berpimpin tangan dalam air
punya lah aku tak konpiden yang amat sangattt hokeyy T_T
ase worst sangat tapi at the same time seghonok la weyy hahahahaa

nasihat aku kalo korang x pandai berenang macam aku nih
moleklah kiranya beranikan diri belajar berenang dulu
then baru boleh try berscuba diving camgini pule
seyess..benda bestt & ohsemm
tapi aku sangat laa cuakness T_T

finally :)im now certified "Discovery Scuba Diving program" by PADI
time nih aku pulun nak jawab kuiz sebab nak2 iPod punye pasal hahahaaa

 



**glossary
PADI : Professional Association of Diving Instructors
GAD : Go Asia Diving


Wednesday, May 25, 2016

al-kesah StarWalk 2016

Assalamualaikum :)

22 Mei 2016 - tercapai gak hajat di hati nak try join event "lari-lari" camgini
event lari ape..?? StarWalk 2016 saje..hehehe
walaupon aku tengok punye ramaiiiiiii la bebudak sekolah yang join
(sebab dah masuk kategori "mak-mak budak" laa katakan) hahahahaa..
tapi x kesah le..janji yang penting kite enjoiii..!!

berbekalkan sarapan telor separuh masak (yang mak aku masakkan pepagi) 
ngan air milo panas yang aku sempat hirup sesedut dua saja pagi tu..
sebab nak bagitau punya laaa EXSAITED perasaan tatkala tu
ha ha haaa

6.30pagi dah gerak kuar dari umah
(aku mintak tolong abah drop-by aje sebab dorg cakap parking memang penuh baqhang)
kul 6.45pagi cmtu aku dah sampai depan Heritage
time nih tunggu Am sampai (steady Am..hg bawak moto ja..hahahaa)
acara mula di Perak Turf Club (area dekat ngan Hotel Heritage sana)

lepas dah selamat jumpe Am
terus kami ke tempat checkpoint nak start walking
kena pegi ambil gelang getah kaler hijau dulu ngan bagi kupon penyertaan
lepas tu baru kami boleh start walking.. 
muke xsaited kitorang sebelom start walking..hahahaa
punye laaa ramai umat kat belakang nun
..
okay time nih dah berasak-asak manusia nak start walking
seyes..xyah pulun nak larik aihh..sebab dah depa bagitaw "walk" muahahha
time nih kami kat tengah-tengah crowds..ntah bape puluh riban manusia ntahh~





Alhamdulillah :)
kami selamat sampai ke penamat StarWalk 7km sajee...hahahahaa
ingat kan boleh lah ngidam geget medal ke..rupenye sume orang dapat sijil penyertaan saje
adehh...kempunan T_T tapi xpa laa..yg penting 1st experience dapat join kan kan :)
yang nih budak kolej tempat aku..
kemain xsaited roger2 nak bergambo same
aku kan ahkak yg sporting..layan jelaa hahahaaa
lepas settle abes..kul 10 lebih camtuh aku ngan Am mengechowkan diri dari situ
mane lagi...kite pi sapedekkk (perot aku dah berkeriut2 tahan lapo)

memula nak singgah ke foodkot GM tapi belom bukak lagi
so kami merempit ke stadium..pekena kuehtiaw & mee kicap sana
pesan lak teh tarik piaww...perghhh!!
so aku ternak balek lelemakss yg dah hilang mase walking 7km tuh..hahahahaa


next event..??

kami pulun join Discovery Race pule...
hahahahahaa
hat ni anjuran Sunway Property last minit gak aku ajak mbe2 join sekaki
1 group kami ade  4 orang iaitu aku, Am, Coach & Adib..
race Sabtu nih hokeyy..yg penting kite enjoiii..!!
yeahhhaaa..!!
gambatteeee...!!
#iloveoutdoor
#
next mission...yeahhhh!!


p/s: nak2 medal jugak...muahahhaa

Friday, May 13, 2016

"hardships"

Assalamualaikum :)


Tuhan tidak akan duga hamba-hamba Nya dengan "dugaan" yang hamba-hamba Nya tidak sedia untuk pikul...
sebaliknya Tuhan akan duga hamba-hamba Nya dengan "dugaan" yang Dia tahu hamba-hamba Nya dapat pikul...
itu janji Nya kepada hamba-hamba Nya
oleh itu kita sebagai hamba Nya perlu bersedia untuk diuji
tidak kira walau sebesar zarah sekalipon "dugaan" itu 
jangan cepat putus semangat..!
sebaiknya cuba renungkan kembali
sebab kenapa Tuhan uji kita..?? 
kerana Tuhan SAYANGKAN hamba Nya :)
walau sebesar meteor sekalipon "dugaan" itu
anggap ianya sebagai penguat semangat kamu 
untuk menjadi seorang mukmin yang sentiasa beringat kepada Tuhan yang Maha Esa..

Ya Allah Ya Tuhan ku,
hanya kepada Mu aku bersujud,
kuatkanlah semangat ku
untuk menempuh segala rintangan yang mendatang
sekiranya benar pilihan yang aku pilih ini
kurniakanlah kekuatan kepada ku untuk menempuhnya
hanya Engkaulah tempat aku memohon
kerana Engkaulah yang Maha Mengetahui isi hati ku ini..
amin..
amin....
amin.....
 

Wednesday, May 11, 2016

J.O.D.O.H

Assalamualaikum :)

**fffuuuuhhhhhh..sambil tiup habukk
kesian kat belog aku yg kadang ON kadang OFF nih
bile bukak tapi aku kering idea..tutup balek
lepas tu boring..bukak balek
lepas tu scroll2 bace entri belog lain..tutup balek
sampai sudah xde update tuk belog aku..hahahaa

***********

dalam usia yg hampir ke 30-series nih
baru aku sedar JODOH itu adalah sesuatu yg unik
sesuatu yg kau xkan tahu kesudahan JODOH kau itu
kadangkala kita inginkan sesuatu yg sangat sempurna untuk JODOH itu
tapi mungkin tidak kesampaian
mungkin yg datang ini JODOH yg telah Allah SWT tetapkan khas untuk kau
mane kau tahu kan..??

bila makin lama..makin lama...makin lama mengenali
baru jugak aku sedar JODOH itu makin kuat
kadangkala bila kita asyik terkenang "kuman di seberang laut"
kita juga boleh lupa "gajah yg di depan mata"  
sebab itu aku rasa JODOH itu unik
setelah kau rasai JODOH itu sampai baru kau tahu apa itu sudah sampai JODOH

ya aku mengaku...!
dulu mungkin aku menolak JODOH
JODOH yg x pasti..
JODOH yg x matang..
JODOH yg x kenali..
JODOH yg x kesampaian..
itu sedikit sebanyak banyak merubah aku tentang JODOH
sehinggakan aku dah rasa x perlu untuk itu lagi
aku dah makin tawar hati untuk berJODOH

sehinggalah..
aku berjumpa JODOH itu kembali
yg mana terbuka sudah pintu hati aku untuk itu
JODOH yg aku lihat makin kuat untuk dia
biarpun aku x pasti apa kesudahan JODOH ini
namun jauh di sudut hati aku mohon
Kau panjangkanlah JODOH kami....
aku mahukan JODOH ini berkekalan hingga ke syurga
hanya ajal maut saja yg dapat pisahkan JODOH ini
namun sekiranya aku dapat kecapi saat gembira ini
aku mohon agar dipelihara JODOH ini 
hanya Kau tempat aku mengadu Ya Allah..


****************

siap sudah satu entri..keh keh kehh

o_O