siape COMEL ikot sini tau..

Wednesday, November 7, 2012

x rugi masuk Sains diknon oii


Insentif cukai untuk ibu bapa pelajar aliran sains


MUHYIDDIN meninjau kelancaran peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Taman Kosas, Ampang semalam.


AMPANG – Kerajaan bercadang untuk memberi insentif dalam bentuk cukai kepada ibu bapa pelajar tingkatan empat dan lima yang mengambil aliran sains di sekolah bagi mendorong lebih ramai pelajar di negara ini memasuki jurusan berkenaan pada masa depan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan itu adalah antara perkara yang terkandung dalam laporan jawatankuasa khas yang ditubuh Kementerian Pelajaran sebelum ini bagi mengenal pasti faktor kemerosotan bilangan pelajar sekolah mengambil aliran sains.
“Laporan jawatankuasa khas ini yang dibentangkan kepada saya semalam (kelmarin) mendapati jumlah pelajar sekolah yang mengambil aliran sains menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini sedangkan kita ada dasar pengambilan iaitu 60 peratus aliran sains dan teknikal manakala 40 peratus lagi aliran sastera.
“Tidak sampai 20 peratus pelajar sekolah mengambil aliran sains dan kita bercadang mengambil langkah yang boleh mendorong ramai pelajar sekolah tingkatan empat mengambil bidang ini dalam tempoh empat atau lima tahun akan datang,” katanya selepas meninjau perjalanan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas di sini semalam.
[sources: Metro 2012]

p/s: huntung le dik non-dik non sekarang...dh banyak peluang yg diberi & ditawarkan.. zaman ah-kak dulu x merase pon...jadik nya..belajar bersungguh-sungguh.. grab the opportunity yg korang bakal achieved in the future.. belajar aliran Sains ni sgt seronokkk...rugi klo lepas peluang ini yep...oke..selamat ber SPM jugak :)

No comments:

Post a Comment