Tanggal 7 Julai 2012 akhirnya menjadi tarikh keramat buat ratu rock negara, Ella apabila dia akhirnya berkahwi …
Ia mungkin satu penantian yang cukup panjang buat tuan punya badan dan peminat sendiri. Tanggal 7 Julai 2012 akhirnya menjadi tarikh keramat buat ratu rock negara, Ella atau Norazila Aminuddin apabila dia akhirnya berkahwin. Ella berkahwin pada usia 46 tahun, satu penantian yang cukup panjang namun berbaloi apabila dinikahi oleh lelaki yang dicintainya, Azhar Husaini Ghazali, 31.
Ironi, cinta mereka berjalan atas dasar persahabatan. Berkenalan selama sembilan tahun, sempat menyulam cinta kemudian terputus dan diperkukuh beberapa tahun kebelakangan ini, keikhlasan Azhar menyatakan hasrat untuk menikahinya kepada ibu penyanyi itu, Yang Hasmah Long pada bulan Februari lalu telah membuka pintu hati penyanyi itu untuk melayari impian hidup berumah tangga.
Akhirnya mereka sepakat memilih tanggal 7 Julai 2012 sebagai tarikh penyatuan tersebut. Ujar Ella yang ditemui usai majlis pernikahan yang berlangsung di kediaman abangnya di Telok Gadong, Klang, dia kini telah memperkenalkan suaminya kepada umum. "Inilah suami saya dan saya kini isteri dia," ujar Ella malu-malu.
[Foto-foto pernikahan Ella, Azhar]
Dilihat menitiskan air mata sebaik sah bergelar isteri Azhar yang juga juruterbang syarikat penerbangan Firefly tersebut, hanya Ella yang menyimpan sejuta rasa tentang berakhir zaman solonya. Bersedia dengan soalan-soalan klise yang dilemparkan kepadanya seperti jurang usia 15 tahun antara dia dengan Azhar termasuk perancangan memperoleh zuriat, ini jawapan Ella dan Azhar.
Bercakap tentang menikahi lelaki yang jauh lebih muda daripadanya, Ella memberitahu: "Saya melihat ia sebagai normal. Ramai yang bertanya bila saya akan berkahwin, dan hari ini Alhamdulillah Tuhan telah memberi Azhar sebagai pasangan hidup saya."
Sementara pada persoalan tentang cahaya mata, Azhar mengambil tanggungjawab untuk menjawab soalan tersebut. Katanya: "Kami telah lama berusaha untuk ke arah ini (berkahwin). Jadi kami juga akan berusaha untuk mendapatkan cahaya mata jika diizinkanNya."
Azhar yang terpikat dengan kesederhanaan dan kasih sayang yang dicurahkan Ella kepadanya juga berikrar untuk menjaga isterinya itu dengan sebaik mungkin. Ella pula berkata dia akan berusaha untuk menjadi isteri yang taat dan setia kepada suaminya itu.
Ella juga memberitahu: "Saya akan belajar untuk hidup sebagai pasangan suami isteri kerana sudah lama hidup sendiri."
Saat ditanya tentang kariernya, Azhar memberitahu bahawa dia tidak akan menghalang Ella untuk terus aktif menyanyi. Malah akan terus menyokong isterinya yang dipanggil sayang itu dalam apa jua keadaan.
Pada majlis pernikahan tersebut, Ella menerima mas kahwin sebanyak RM50, 300 dengan wang hantaran dirahsiakan. Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Telok Gadong, Baharuddin Abu Bakar pada pukul 10.35 dan abang Ella bertindak sebagai wali.
Mereka akan diraikan dalam satu majlis resepsi yang dirancang pada 1 Disember ini di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC).
source: hencik google
p/s: sronok tgk retis-retis yg dh slemat di ijabkabulkan...AlHamdulillah moga kalian kekal bahagia hingga akhir hayat..:) seROCK-ROCK Ella pon...menitis jugak aye mate beliau mse ijab kabul kn??! tahniah abg Firefly!... (xde ke calon Firefly laen yg bujang g??....hehehehe)
muka laki dia mcm dahlan zainuddin(kenai dak..?..;p
ReplyDeleteida: hihihihii...ak tgk plak cm Azan Ruffedge:)
Deletentah le...cm x kenai jek Dahlan tuh..??
btw.....sweet le dOrg even jaraaaaaaakkk jaaaaooOOooh sgt~
dh jodoh kn?...heww3!
cik Niza moh ler kita cari kt airport.. hehe
ReplyDeleteklo leh pilih cm sayur d market..lame dh dok bekubang kt airport nun...cik lun oitt~
Delete