siape COMEL ikot sini tau..

Thursday, October 31, 2013

Si Budak Dan Rumput Yang Cantik

pada satu malam yang sepoi-sepoi bahasa, kelihatan 3 sekawan tengah membestkan diri ngan melakukan aktiviti menaekkan kadar kolesterol dalam badan, yakni makan Nasi Lemak Opah yang sedap tahap gaban itu. Bukan selalu pun mereka melepakkan diri bersama-sama, kebetulan kelepakkan mereka pada malam tersebut lebih pade untuk menghirup udara 2-3pagi selaen menjamu perot yang berkeroncong. 

tatkala menunggu Nasi Lemak Opah yang berharga seringgit sebungkus itu sampai ke meja makan, maka bersembanglah 3 sekawan ini untuk mengisi masa-masa suntuk yang mereka ada, memandangkan bukan selalu mereka dapat berkumpul untuk melepak sedemikian rupa. tambahan pula komitmen kerja serta tempat tinggal yang berjauhan menyebabkan mereka 3 sekawan tidak betah untuk berjumpa sekerap lalu. hanya ini saja peluang yang ada sekali sekala buat mereka sekiranya ada kesempatan untuk bertemu muka. 
dari cerita Hantu Kak Limah Balek Rumah sehinggalah kepada kejadian banjir lumpur di Ringlet, Cameron Highland sume isu semasa serta kurang semasa bercampur aduk dalam perbualan mereka 3 sekawan itu. punye lah seronok mereka dapat menghabiskan sesi bersembang bersama-sama. sehingga tidak sedar Nasi Lemak Opah yang baru dimakan sebungkus seorang menjadik 2 bungkus akhirnya. 

dalam pada menikmati Nasi Lemak Opah yang lazat tersebut, bercerita salah seorang dari 3 sekawan tersebut mengenai kisah Si Budak Dan Rumput Yang Cantik untuk didengari oleh 2 orang kawannya yang sedang asyik makan itu. 

**********************************

kelihatan sekumpulan murid sedang berkumpul di padang sekolah untuk pelajaran Pendidikan Jasmani yang diajar oleh guru mereka iaitu Cikgu Yasmin. kelihatan wajah masing-masing sangat teruja dan seronok untuk menjalani aktiviti di luar bilik darjah itu. tergambar di fikiran mereka bola sepak, bola jaring, badminton serta pelbagai lagi aktiviti permainan yang akan mereka jalankan sebentar lagi. 

"okay murid-murid..pada hari ini kita akan main satu permainan"

"yeayyy!!! badminton Cikgu!"
"bola sepak ke Cikgu??"
"Cikguu..kami nak maen bola jaringgg!"

"dengar sini semua sekali...Cikgu mahu kamu semua tanpa menoleh ke belakang terus bergerak di sepanjang padang ini dan mencari rumput yang paling cantik sekali.."

"cari rumput cantek??..senang nye Cikgu..."
"alaa..tak mencabar pun.."

"oke..sesiapa yang sudah jumpa rumput paling cantik sila tunjuk pada saya. 
boleh mula bergerak sekarang".

semua pelajar akur dengan arahan Cikgu Yasmin dan terus melangkah ke hadapan untuk mencari rumput yang paling cantik. kelihatan masing-masing masih tidak berpuas hati dan terus bergerak menyusuri padang tersebut. dalam tidak sedar sudah hampir setengah padang mereka menjelajah dan masih tidak berpuas hati kerana rumput yang paling cantik belum lagi ditemui. 

"iskk...rumput ni cantek dah...tapi mesti ade yang lagi cantek kat depan sana"
"kalo aku ambil rumput ni..mesti rumput aku yang paling x cantek"
"mmmm...xpe mesti ade rumput yang paling cantek kat hujung padang sana"

bermacam-macam persoalan yang terlintas di benak fikiran mereka. namun mereka terus bergerak sehingga lah ke hujung padang tersebut. namun tiada seorang pun yang memetik rumput yang paling cantik di sepanjang kawasan padang tersebut. 

"okey..boleh tunjukkan Cikgu mana rumput cantik kamu semua?"

"err...errr x dapat petik rumput cantek Cikgu.."
"saya x sedar Cikgu..tengok-tengok dah sampai hujung padang" 
"x dapat nak pilih rumput yang paling cantek"
"saya ada petik Cikgu..tapi saya buang balek sebab ingatkan kat hujung padang ade lagi rumput yang paling cantek"

pelbagai jawapan yang keluar dari mulut setiap pelajar tersebut. Cikgu Yasmin hanya tersenyum sambil mendengar setiap alasan yang diberikan.

"kamu tahu sebab apa tiada seorang pun di antara kamu yang dapat petik rumput cantik yang ada di atas padang ini..??" 


(masing-masing geleng kepala)



entry besambung da.............. -_-



(padahal aku pon lupe ape yang Cikgu Yasmin tu cakap.
seminggu punye entry ak peram hohoho) 

No comments:

Post a Comment