siape COMEL ikot sini tau..

Wednesday, October 21, 2015

sayangi orang yang sayang kita

Assalamualaikum :)

"..sayangi orang yang sayang kita.."

tampak mudah tapi perlu cuba untuk perbaiki diri
bukan mudah tapi sebolehnya akan mencuba
bukan sombong tapi hakikat diri sendiri yang tanggung
bukan mendabik tapi punya fasa untuk diharung

seboleh-bolehnya biar ianya terjadi 
tanpa rasa sekatan
tanpa rasa bersalah
tanpa rasa mendesak
tanpa rasa kawalan
sebab semua perlu tahu
bukan semua benda kita mampu milik seperti orang lain

waima apa pun yang terjadi
redha itu pasti
jika bukan dimiliki
maka berakhirlah dengan senang hati
jika ianya dimiliki
maka jagalah hati tanpa belah bahagi


Wasalam..


nota kaki : aku tatau ni cerkon ka..cerpen ka..sajak ka..puisi ka..muahahaa~
jangan geli ketiyakk bila baca..anggap jelaa ni sekadar coretan budak tadika nak masuk darjah satu..huhuu T_T

 
 
 

Thursday, October 1, 2015

JJCM yang korang kena terjahhh..!

Assalamualaikum :)

di kesempatan yang ada ini aku nak jugak share ngan korang 
terutama pade korang-korang yang memang KAKI MAKAN & KAKI JALAN
muahahhaa..!
tapi..tapiii..tapiii (ade tapi tau..jangan kecik ati heheheh..)
bukan bermakna yang X-KAKI MAKAN & X-KAKI JALAN tak boleh share..
pon bolehh..sebab sharing is caring lah aku terbitkan post ini
semata-mata khasss tuk korang-korang sume yang nak try makan kat tempat yg simple (especially yang ada di area Ipoh, Perak) dengan menu makanan yang pasti mabeless dengan harga yang berpatotan..:p

so..ape tunggu lagi jommm terjahh..!!

antara link JJCM yang dah aku buat dulu..korang boleh skodeng sini juge yep :)





(entry ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa bilamana aku dah try jjcm sana yep..menu pelbagai serta sajian antara makan pagi-makan tengahari-makan petang-makan malam..woraitee stay tune!)



jjcm01 :: FoodLab 
(area Taman Cempaka..kalo yang mana tak pernah terjahh tmn Cempaka tu..korang boleh cari landmark Sekolah STAR, politeknik Ungku Omar, RTM) cafe terletak kat deretan kedai sekali dengan saloon..signboard FoodLab mmg kecik dan terletak kat depan pintu kedai saloon so kena skodengg betoi-betoi na..hehehe


yang menarik di FoodLab sume makanan yang disediakan dengan harga RM5 dan minuman RM3
jenis masakan - western food
#rekemended - Burger Sarang 


jjcm02 :: Spoof Burger
(area Tg.Rambutan, Ulu Kinta..dekat tapak pasar malam lama dulu juga dekat deretan rumah kedai..boleh skodeng RJ Boutique sebab memang kat situlah Spoof Burger operasi..hehehe)

yang menarik Spoof Burger menyajikan burger kaler-kaler hitam/hijau/pink/biasa dengan patty yang mabeless setiap burger ade nama-nama dia..tapi aku dah lupa namanya :p
jenis masakan - western food
#rekemended - Spoof Burger

jjcm03 :: Mee/Kuehtiaw Kicap Stadium

(area stadium Ipoh..juga dekat deretan kedai makan..korang cari kedai no.65 di stadium ipoh kedai Chinese Muslim yang menyajikan makanan breakfast yang sangat mabeless)

#rekemended - kuehtiaw kicap & mee kari dan air asam boi
untuk mee/kuehtiaw kicap korang boleh pilih nak makan dengan kuah sup @ kuah kari..tapiii yang pasti dua2 sedapp..rase skali pasti nak berkali-kali..muaahhhh!
jenis makanan - breakfast (menu kuah & bergoreng)
#rekemended - Kuehtiaw Kicap Kari 
jjcm04 :: Satay Lorkin

(area pasar Lorkin dibuka hanya pada hari Ahad pagi..korang kena cari kedai satay nih betul-betul kat bawah pokok dekat pasar Lorkin tuh..memang ade 1 saje kedai satay kat situ..orang pon memang beratoq kalo nak makan satay..tapi jangan riso memang sedapp!! dan macam-macam jenis satay ade..hehehe)

makan satay dikala breakfast memang RARE!!
tapi itulah penangan Satay Lorkin yang dijual tetiap pagi ahad..memang orang beratoqq baq hang!
harga secucuk satay hanya 60sen..besar & mabeless~
#rekemended - Satay Lorkin
jjcm05 :: Mee Kolok Nasi Lemak Kukus & Capati Mak Long

(area Taman Perpaduan dekat deretan kedai makan kalo hari Selasa akan jadik tapak pasar malam kat situ..menu makan pagi yang sangat bestt..kalo di kedai Mak Long boleh pekena capati yang sangatt lembutt even sejuk pon korang boleh makan sebab lembut..seyess!! tapi yang ni Mee Kolok dah boleh makan kat sini menu dari jauhh yang pemes kat Sarawak tapi boleh try kat kedai sini..:p)

Mee Kolok yang pemess kat Sarawak tapi korang yang dekat Taman Perpaduan, Ulu Kinta Ipoh tu sangatt bertuah sebab kalo nak makan Mee Kolok boleh terjahh je kat kedai Nasi Lemak Kukus sebelahan dengan kedai Capati Mak Long..sangatt bestt mee dia macam megi mee je simple but sedapp!! sup daging pon banyakkk memang layannn makan Mee Kolok sini :p
harga hanya RM5 :)
jenis masakan - breakfast (pelbagai jenis menu breakfast)
#rekemended - Mee Kolok






JJCM will be continue................later



Stay tune..!

terima kasih ZALORA

Assalamualaikum :)

(sambil perahh otak yang makin kering...T_T) huhuhu
dah lame tak bersiaran..eh silap! dah lame tak membelog
ini malam aku nak jugak share kisah best yang aku kumpul sejak 2-3 ari nih..muahaha

pertama sekali aku nak ucapkan mekasihhhh banyak-banyak 
tuk ZALORA yang telah memberi tanda penghargaan buat aku
he he he...amat besooo bagi aku nilai penghargaan ini :)
harap lepas nih pihak ZALORA atau mane-mane pihak lain
yang sudik mahu kolaborasi ngan aku..meh-mehh!!
sebesoo padang bola sepak aku tadah kan..hhuhuhu :)

nak tau ape aku skodeng kat ZALORA aritu??

ni diaaa...

cuma kena tambah lagi RM4 je...sebab terlajak harga..hahaha!


my new baby @_@
bile dah sampai baru pasan muke jam x beso sangat..
sbb aku punye taste jam muke besoo (men's watch)..hahaha
pape pon happyyy gilerr kowt..! mekasihhh ZALORA :p

yang ni kira nak tunjuk bukti pembelian melalui ZALORA :)
seyess bestt soping online kat ZALORA 

sebab bermacammmm-macammm jenis barang korang boleh sopingg
pehtu service yang sangattt lajuuu..malam aku beli..lusa parcel dah sampei..perghh laju kan? kan?

so kawan-kawan kat luar sana
kalo sesape yang teringin nak sopingg online kat ZALORA 
memang aku rekemend..baek dari segi service dan jugak website ZALORA
jadik...ape tunggu lagiiii

jom terjah ZALORA sekarangggg...!

boleh gak skodeng sini kalo nak tau tips memilih baju blouse MURAH dan mengikut saiz badan anda :)


#happyshopingwithZALORA
#mynewZALORA
#onlineshopping


notakaki : just need something precious to rewards yourself..than you will feel it and its worth it..! be happy & be positive as long as you can make others happy and it will continues to yourself too..trust it :)

Tuesday, August 25, 2015

Tips Membeli Blouse Murah Mengikut Saiz Badan

Assalamualaikum :)

Ini kalilah nak share sket tips tuk korang kalo nak membeli blouse murah dan mengikut saiz badan korang. Haaa..macam best kan? kan?..sebab aku sendirik pon kalo nak membeli blouse mesti kalau boleh nak sesuai ngan badan..so barulah sedap dipakai..ye tak??
kalo membeli secara terus..maksudnya korang pegi ke shopping mall atau kedai pakaian..korang pilih-pilih blouse mane yang berkenan terus boleh cuba kat kedai tersebut..tapi kali ini nak share tips macam mane korang boleh membeli blouse secara ONLINE dan mengikut citarasa badan korang dan yang paling best korang boleh beli ngan harga MURAH..hahahaa..bestt kan??!


wokehh..meh skodeng sini…:p


Tips Membeli Blouse Murah Mengikut Saiz Badan

Blouse boleh dikategorikan sebagai salah satu jenis pakaian wanita yang versatile iaitu ianya sesuai digayakan ke mana sahaja baik sebagai pakaian kasual serta juga boleh digayakan untuk menghadiri majlis formal. Sekiranya korang ingin kelihatan kasual dan santai, blouse boleh digayakan dengan slack atau jeans. Jika mahu kelihatan formal, blouse boleh digayakan dengan kot, slack serta skirt labuh. Pendek kata, pemakaian blouse merupakan langkah selamat untuk tampil menawan, selesa dan santai. 
Namun awasss…! perlu diingatkan bahawa pemilihan potongan atau rekaan blouse haruslah bersesuaian dengan saiz badan korang. Dengan kata lain, untuk memastikan penampilan yang sempurna, korang haruslah memakai jenis blouse yang tampak sepadan dengan bentuk badan masing-masing.


Contoh 1 : Bagi potongan badan yang tinggi dan langsing



Jika korang mempunyai potongan badan yang tinggi dan langsing, rekaan peplum blouse seperti berikut merupakan jenis blouse yang paling bersesuaian dan mampu menyerlahkan lagi penampilan korang. Badan yang tinggi dan langsing akan menampakkan korang lebih seimbang dengan memakai blouse jenis peplum.


Contoh 2 : Bagi potongan badan yang bersaiz petite atau kecil molek



Jika bentuk badan korang bersaiz petite atau kecil molek, cuba jauhkan dari memakai blouse jenis rekaan peplum kerana ianya akan menyebabkan potongan badan korang akan kelihatan lebih kecil dan rendah. Oleh itu, bagi yang mempunyai badan jenis petite atau kecil ini, korang amat sesuai mengayakan blouse dengan potongan seakan kemeja seperti berikut.


Contoh 3 : Bagi potongan badan yang sedikit berisi / berisi



Dan bagi korang yang mempunyai bentuk badan sedikit berisi, korang boleh tampil bergaya dan selesa dengan koleksi blouse yang berpotongan loose seperti berikut. Ia sesuai untuk di padankan dengan skirts labuh dengan potongan “duyung” akan menampakkan badan korang kelihatan langsing. Ataupun korang boleh menggayakan blouse loose tersebut dengan jeans kegemaran untuk tampil lebih santai.


Untuk koleksi blouse murah online yang berpadanan dengan saiz dan potongan badan anda, semuanya kini boleh anda miliki di laman web ZALORA Malaysia dengan tawaran harga yang cukup menakjubkan.


jadik...korang tunggu apa lagi..jomss terjah sekaranggg..!




Selamat membeli-belah!


Sunday, August 23, 2015

JJCM :: gegurl-2

Assalamualaikum :)

(ini entri dalam draft-2012 punye kesah..T_T)

nak bawak korang g makan ala Indonesia style
ini tempat nama Restoran Simpang Tiga 
kalo korang nak datang guna "waze" laa paling senang..hahaha
kalo korang dok sekitar Ipoh boleh jumpa restoran ni berdekatan ngan deretan bagunan kedai, bank, pejabat & lain-lain..
masih tak jumpe lagi..??
deretan bangunan kalo nak pegi area belakang Greentown Nova :) 
tapi jangan riso korang takkan sesat punye 
sebab restoran ni memang boleh nampak di tepi jalan..hehe
so..meh skodeng ape aku melantak itu hari..mihh mihh

time nih aku pegi jjcm ngan x-opismate aku @ Sarah :)
ini zaman kalo x g jjcm time lunch hour..kami pegi lepas keje halfday Sabtu
he he hee
momento yang sangat besttt..!!
thanks Sarah..:) 
aku ingat lagik tiap kali pegi jjcm 
aku sure tumpang moto ko even helmet pon aku memang takde..kikikiii

nampak muka xsaited tengah kaut nasi :)
ini kapasiti kami makan tuk 2 orang..hahaha napsu boya sungguh!
daging masak black pepper :)
ayam percik kuah asam :)
gulai lala masak lemak kuning :)
gulai lemak pucuk ubi :)
sambal udang campur petai :)
bergedil kentang :)
ais chocolate & jus alpocat :)

lepas bersantap aku ngan Sarah pegi maen bowling
ha ha ha..dulu maen bowling & karok aktiviti lapang kami
takyah gi ramai2 sebab memang kami berdua ja yang join
ha ha haa

okeh..i missed that moment T_T


#throwback
#jjcm_with_Sarah


nota kaki: credit to Sarah for all pics yg dicaptured..siap guna DSLR lagi hokeyy..! hihihi

alkesah si Buta & si Celik :)

Assalamualaikum :)

~sekadar gambar hiasan~
tq Hencik Google :)

sepetang tadi aku teman mak aku pegi urut kaki
tukang urut kaki refleksilogi nih orang istimewa..
beliau seorang Pakcik yang buta :)
memang dah kerap kali aku lalu lalang depan tempat urut nih
tapi segan nak pegi kalu takde orang nak teman sekali
kebetulan arini mak aku memang nak pegi urut
jadiknya aku pon tumpang sekaki payung nak merase..huhu

lepas usai saje mak aku urut kaki
aku pulak amek turn..
(konon-konon memang nak merase urut kaki)
aku request nak urut tahap sederhana 
sebab takot jugak kalo pakcik ni urut terlalu kuat..T_T

memang aku kagumss..!!
kagum dengan pancaindera Pakcik ini
walaupon dia tak nampak tapi dia boleh meneka dengan betul

pada mak aku dia boleh teka..
"...ni susah nak tido tak..??"
"..ni mata kanan silau teruk ni.."

pada aku dia boleh teka..
"...mata rabun ni..ada makan carrot x..??"
"..kalo makan carrot pastikan makan nenas nak bagi hilang asid tu..tak pun senang makan pegaga..elok tuk mata tu.."
"..okay..sume takde masalah pape.."


setiap jari-jari kaki pon Pakcik tu bagitahu
jari ibu - untuk kesemua sistem badan
jari telunjuk & hantu - untuk mata kiri & kanan
jari manis & kelinking - untuk hidung & kepala
sebelah tumit kiri & kanan - untuk sistem peranakan 
tapak kaki..atas kaki..betis..bla bla blaa Pakcik tu bagitahu..huhu 
(aku dah lupe bahagian yg mana..tapi ade tuk peha, perut, migrain..len-len)

usai urut kaki selama 40minit tu (sepatutnya 30minit)
aku hulur duet pada Pakcik
terasa ringan kaki aku lepas kena urut
mak aku jugak macam tu..sebab kaki mak aku banyak kebas-kebas
Insyallah akan kerap datang urut kaki dekat Pakcik lagi :)

"..terima kasih ya Pakcik.." (sambil hulur duet dekat tangannya)
"..sama-sama nak.." (merasa jumlah duet)
"..eh..eh..lebih ni...lebih ni.." (sambil hulur kembali duet)
"..takpe Pakcik takpe saja bagi lebih..saya sedekah ya.."
"..terima kasih ya nak.."
" :) "


sambil jalan aku terpikir..

macam mana Pakcik yang buta penglihatan boleh tahu nilai duet
sedangkan..
orang kita yang CELIK seakan "buta" bila nampak duet :)

waahualam~


tepuk dada tanya IMAN..jangan tanya AIMAN..
sebab kalo tanya AIMAN...pasti akan jawab

"AIMAN TAK TAHU..."




chow..!

Saturday, August 22, 2015

dadih vs cafe latte

Assalamualaikum :)

dah pukul 1.18am mata aku maseh celik lagik
ni sume gara-gara ayaq Coffee Latte farm fresh 
yang aku tibai minom mase beli kat Giant siang tadi..o_O
kalo korang jenis penggemar kopi..
haa sile lah try Coffee Latte yg nih yep
rase..??..perghhh nikmat..
lebih-lebih lagi kalo korang minom mase tengah sejukk

okeh..
ini malam aku sempat gak buat sedikit ole-ole tuk Baby Rizqi :)
he he he (bunyik macam beriye-riye jek pon yep..)
aku buatkan dadih duo layer
ade flavor yam & flavor mix fruits :p
aku rase macam tak kena jek combinasi dadih tuh
tapi nak buat cane..sebab flavor yang slalu guna takde plak kat Giant tadi T_T
so..aku main sebatt jelaa

hasil nya...

tadaaa...!!

dadih duo-layer yam & mix fruit flavor :)
khas buat baby Rizqi (baby kepade sahabat aku sejak skolah rendah lagik @ Rimie)

Cafe Latte Farm Fresh :)
sebenarnye aku berkenan tang botoi dia gak..hahahaa
boleh dapatkan kat mana-mana soping mall @ kedai2 besaq kat bahagian juai susu tuj yep :)


okay..chow~


p/s: doakan kesejahteraan kita bersama :) ade "sesuatu" sedang "melamar" aku..muahaha!

Monday, August 17, 2015

aku, doodle, derma & bowling

Assalamualaikum :)

baru setel 75% tuk #projek_sticker 
maseh ade 25% nak kne edit bagai sebab tak masuk kan lagi details :p


membe aku dah pilih..dia pilih no.1 hehehee..
pilihan yang TEPAT :)
sebab aku pon pilih no.1 @ no.4
pape pon...tunggu progress nye nanti yep (tak dapat nak proceed ini malam sebab aku dah ngantokss)

esok 18hb 8...
ade derma darah kat kolej aku
so..sesape yang dok area Ipoh ke..kalo nak menderma moh ramei2 datang kat Kolej Sunway Ipoh...acara derma sampai petang ase huhu

"donate blood today..it SAFE to SAVE our life.."

pehtu..lepas koje aku ade game bowling
dengar cite ade 10 team plak dah..adehhh #matilaa
bukan teror main pon..hatta ke longkang pon boleh kire selalu nye
tapi demi warga kolej aku sahut jugak cabaran masuk bowling
kalo tak..kami memang tak cukop wakil.. #sadisstoii

pape pon..wish me & my teammates success hokehh!
err...dont high expectation sebab memang x-pro pon T_T
yang penting kite enjoyyyyy...!
kalah menang kan adat bertanding..ye tak??

okeh..babai~

Friday, August 14, 2015

projek mega

Assalamualaikum :)

fuuuhhhhh...!
ffuuuhhhhhhh....!
fffffuuuuuhhhhhh.....!
(bunyik tengah tiup habuk kat keypad...)

motifff sebab dah lame tak menjenguk belong usang aku nih T_T
alahai nape banyak "M" beso kat aku nih

takmo ngomel panjang-panjang dah..
aku ade 3 #projekmega nak kene buat
nak kena siapkan doodle-doodle tuk sticker & pengantin
pphheewww~

tak sangka akan diberi "mandat" sebegitu ghope 
sebab...
aku kan budak baru belajarr =_=
ase memang tak konpiden tapi sebab MINAT tuh lebih extrem
maka aku kuatkan semangat giteww~

1st projek..sticker tuk label

2nd projek..button batch kawen

3rd projek..button batch jugak..
tapi insyallah akan buat T-shirt buh doodle pengantin 

hhuurrmmm.....

banyak gak angan-angan mat jenin aku nih
tengok le camne boleh coop ke idak
muahahaha

okeh..mohon restu pade sesape yang skodeng cerkon aku nih
mohon doakan perjalanan kerjaya aku dipermudahkan
amin...

doakan jugak team bowling aku menang tuk tournament 18hb nanti
sebab aku tau harapan nak menang tuh tipisss
dah lameeee tak membowling..main plak tak teror T_T
atleast kalo dapat no 1 pon jadik laa..
mih mihh mihh

15% in progress....

p/s: kan bestt kalo boleh buat sumeeee benda yg kite MINAT :)

Saturday, July 25, 2015

tolong share petua bagi elak RABUN..T_T

Assalamualaikum :)

ahkak rase maseh belom terlambat lagi nak ucapkan 
"SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR & BATIN" 
buat semua yang sudik menjengah dan mengskodeng belog ahkak nih :)

kelmarin ari kames ahkak sefamili pegi jenjalan area #gerbang_malam kat ipoh nun
(sesape orang Ipoh kome sure dah familiar ngan tempat ni ye dak..??) 
lebih kurang macam uptown jugak laa..pasar malam pon boleh huhu
ahkak memang suke beno pegi tempat-tempat camgini
kekadang tuh kalo nak beli barang usha jek kat tempat macam ni sure dapat kan? kan?
tak pecaye..kome try..hahaa

okeh..nak dipendekkan cite memang ahkak pi sana nak cari spek mata
huhuhu..dah niat memang ase nak tukaq spek taun ni pule
so ahkak ngan adek pompuan ahkak pi laa skodeng kedai spek yang macam-macam design kat sinun..pergghhh! memang rambangsss mate ahkak
sume spek lawo-lawo pehtu rege plak murahh weyy RM10 je sebijik..kau hado??

ahkak pon dah rembat laa sebijik spek
adek ahkak pon rembat sebijik spek jugak
pehtu yang bestt nye pakcik kedai tuh cakap dorang boleh buatkan cermin skali
cuma ahkak kena bagai bacaan "power mate" ahkak ni kat dorang
dengan kadar bayaran RM60 tuk power 400 kebawah skali ngan silau pon boleh~~

seyesss..ahkak teruja kau!
ahkak terus booking pakcik tuh..siap bagitau nanti ahkak datang balek ngan bacaan power mate ahkak..(yelaa sebab tak pernah dapat rege beli spek ngan power bawah RM100..memang cekik darahh kalo beli dekat kedai cermin mata..paling sikit RM300 memang kene spend...adehhh rabakk poket T_T huhuhu)

tadi ahkak pegi kedai fokus point yang dekat tempat ahkak pernah buat spek mata situ
ngan slumber nye ahkak mintak orang kedai tuh cek bacaan mata
(buat2 laa macam nak beli spek mata kat dorang huhu)
dapat je bacaan mata...ahkak terkesima T_T
adehhh laa...tak sangke ahkak "power mate" ahkak naek lagik #sadiss

tuuu dia...bingkai spek mata RM10 ngan bacaan power mate ahkak T_T

kat sini ahkak nak tanya laa
kalo ade sesape yang ade petua ka..tips ka..cadangan ka..
macam mane nak KURANGkan 
atau bagi CLEARkan balek vision 
bagi orang rabun macam ahkak nih..?? huhu
seyesss..teringin pulak nak merase tak payah gantung spek 24jam lagi..huhu

wokeh..

chow.chin.chow

wassalam :)

Tuesday, July 7, 2015

NOMAD @ HIBERNATE

Assalamualaikum :)

pejam celik pejam celik
lagi 2 minggu plus minus nak sambut hari raya 
persiapan..??
jangan tanya..sebab tahun ni agak "mendemm"
tengok jelaa nanti last minit macam mane..huhu

15 julai ni..genap sudah 2 tahun :)
iye..dan aku maseh berkira-kira
nak jadik NOMAD ka...nak jadik HIBERNATE..??

NOMAD..??
HIBERNATE..??

hurmmm...
dalam pale sekarang aku maseh berkira-kira nak NOMAD
sebab nya....
macam dah tak mampu pulak ase kepale, otak, badan, tangan, kaki, segala bagai laa
nak hadap sensorang dirik T_T
macam kes arini aku sebenarnya agak terkilan
hhmmmmm....

kalo 8jam korang berkira tuk 40 hengget itu
aku memang tak paham sungguh T_T
aku sedar jadik "orang bawahan" nih bukan sume benda orang "pandang"
tapi....
at least..!!
"beri muka" sikit boleh tak..?
kalo orang lain boleh senang lenang
takkan aku pulak tak abes-abes kena "kautim"..??
mane pegi nye aku punya "hak" kat sini..??

aku sadiss bukan hape
korang maseh nak berkira extra 4jam tuk "orang bawahan" ini
padahal ade korang "nampak" bertapa berlemuihh nye "kerja" orang bawahan nih..?

aku tak mintak untuk disanjung...bukan..
aku cuma mahukan "hak" yang adil dan saksama
jangan berkira dengan "rezeki" orang
sebab aku tahu "rezeki" korang 10x ganda LEBIH dari orang bawahan macam aku

sedih sebenarnya..
tapi itulah..nak tak nak aku kene hadap..aku kena telan jugak
kalo lah diberi peluang untuk aku NOMAD...
Insyallah..jika rezeki aku sehingga takat ini di sini saje aku redha
mungkin bila aku NOMAD nanti rezeki lain akan bertambah..
siapa tahu bukan..??

jadik..aku nak tunggu sehingga 15 julai ini
Insyallah..doakan yang baek-baek saja buat diri ini
aku pon tak tahu ape akan jadik selepas ini
cuma yang aku pinta
doakan yang terbaek saja T_T



p/s: untuk GA kad raya bagi entri yang lepas..time kasih buat sume yang sudik drop komen alamat korang...aku dah siap post dah..tunggu aje abam posmen depan pagar ekk :p bagi yang nak kad tapi tak drop komen kat entri tu..MINTA MAAF..GA kad raye dah tamat..insyallah tahun 2016 aku buat lagi..tapi make sure korang drop le alamat..atee cane aku nak post kalo takde alamat..ye dak?? huhu..

okay..akhir kata SELAMAT BERPUASA..dan SELAMAT HARI RAYA yang bakal menjelma nanti..doakan yang baek-baek saja untuk semua..sorik entri arini lain macam sket..aku dah lama nak luah sebab asyik pendam je..muahahaa..takpee..jangan riso maseh ade lagi sabar ini..doa2kan yang terbaek saje untuk aku, korang & kehidupan kite akan mendatang hokeyy~~

happy blogwalking ^_^


sekian


wassalam.. 

Sunday, June 28, 2015

giveaway DIY kad raya by NzaOdonut

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah..
akhirnye siap jugak kad raye DIY tuk tahun 2015 ini..pheww~
tunggu tuk printing & postage saje

dan.....kad-kad raye ni khasss aku buat :
-bestiess
-sahabat handai
-kawanss-kawanss
-rakan opismate
-rakan blogger

untuk entri ini pon aku berbesar hati nak bagi GiveAway kad raya DIY ini tuk pengKOMEN yang tinggalkan address korang (tak kesah alamat umah / alamat opis tau tau) kat komen dalam entri ini ataupon kat entri giveaway DIY kad raye..ade sesape nak..??

jangan riso..tiada sebarang caj dikenakan tau..hehehe
aku memang saje nak bagi kad raya DIY ini sebagai tanda salam perkenalan & tuk mengeratkan lagi tali siratulrahim sesame rakan bloggers jugak hehehe..

itu saja dari aku :)

Salam Ramadhan Al-Mubarak


kad01-yang ni versi togel sebab takde background huhu..
nampak "kosong" sangat kan? tulaa aku ingat kalo print kat paper yang ade corak boleh cover balek ketogelan itu..hew hew :)
kad02-yang ni aku dah buh background kaler ijau malap..
kad03-yang ni aku buh background kaler biru turqoise kot huhu
yang ni tuk membe2 opismate sebab dorang panggil aku "Nurul" muahahaa..nama sopan sangat an an :p
kad04-yang ni aku buh background kaler purple malap...

p/s: jangan lupe korang buh alamat kat entri komen ni yep :) 
Insyallah tuk 20 orang terawal aku akan postkan kad raye nih..kalo ade extra boleh proceed lagi..no problemo okehh :)

#akumemangjiwalejenn

chow~

Saturday, June 27, 2015

giveaway DIY kad raye..ade sesape nak..??

Assalamualaikum :)

arini first day dapat kad raye membe opismate yang bagi
perasaan..??
omg...aku memang berijiwa lejenn
so bila dapat kad raye orang bagi ase macam nak melompat-lompat bintang
ye laa kan..orang jiwa lejenn memang macam cenggini..sobbss T_T
tenkiuu pokcik jenal (**sipp skett)

pehtu taun ni macam tekad nak buat kad raye sendirik pulak..muahahaha
(memang tetiap taun aku akan bagi kad raye kat sahabat handai..kalo tak pecaya korang boleh tanye sahabat-sahabat aku..muahahahaa)

ade sesape nak kad raye DIY aku..??
kih kih kihh..
(**tutup muke sebab kalo takde orang nak aku delete entri nih..kahkahkahh)

yang pasti kekok gilerr bile nak lukih doodle muke sendirik
dan-dan nak repair sume part 
muke kembong = kasi kuruihh
hidung kembang = kasi mancung
mata sepet = kasi buntang
ha ha haa

kalo nak tau hasilnyaa...tunggguuu~

maseh dalam pembikinan doodle raye
harap-harap dalam weken ni dah boleh siap

minggu depan isnin aku pulun print
dapat pulak kat tempat aku sekarang printer dah upgrade
laser jet habaqq hang
tapi jangan riso..aku bukan jenis pakai rete benda keje tanpa bayar
aku pon bayar macam budak-budak yang guna printer tuh yep
muahahahhaa!

last but not least

kalo ade sesape nak kad raye DIY dari aku >> NzaOdonut<<
sile tepekkan alamat korang kat komen entri sini yep
kalo tamau bagi alamat umah (P&C)
bagi aje alamat opis
muahahahahaa! 
(terhad pade 20 orang terawal yang drop alamat dulu..heh heh kalo ade lebih aku post kan yang lebih tuh kendian yep..huhuhuu)


okeh
bersemangat pulak aku nak siapkan doodle raye nih
walaupon 80% doodle aku lukih nampak FAKE
tapi aku tak FAKE hokehh..
aku tetap aku..
maseh ORIGINAL..!
muahahaha

awkward gilerr lukihh gambo sendirik..muahahahaa!

chow~