siape COMEL ikot sini tau..

Monday, June 10, 2013

AWASSS...7 kaedah diet berbahaya!

Bagi yg mungkin terfikir tuk meneruskan diet ekstrem sebegini, apa kata anda baca artikel ini selanjutnya. Fikir semasaknya risiko & mudarat yg bakal dihadapi sekiranya anda cuba diet berisiko seperti di bawah:

Diet Atkins
- Diet Atkins adalah diet rendah karbohidrat & tinggi protein seperti daging merah, telur, ikan & kadangkala kulit gandum. Diet ini diperkenalkan oleh Dr.Robert C. Atkins, yg juga merupakan seorang kardiologi. 
- Bahayanya diet ini adalah makanan berprotein tinggi boleh menurunkan kadar kalsium yg menyebabkan berlakunya osteoporosis. Selain itu, ia juga menimbulkan masalah sembelit, usu besar, buah pinggang atau kenaikan kadar kolesterol tubuh

Diet Cuka Epal
- Cuka epal dipercayai boleh meningkatkan metabolisme tubuh & mengurangi selera makan. Diet ini menyarankan mereka yg mengamalkannya tuk minum 3 sudu teh cuka epal setiap kali sebelom makan. Ini bagi membantu mereka menurunkan selera makan, sekali gus makan dengan sedikit. 
- Bahayanya diet seperti ini adalah kerana cuka epal mengandungi asid yg sangat tinggi. Minum cuka secara terus boleh membuatkan saluran tekak & perut mudah luka

Diet Cairan
- Diet jenis ini menurunkan berat badan sehingga 24.5kg dlm 9 minggu. Caranya, hanya dgn mengambil cairan saja sama ada berbentuk sup, bubur cair sehingga minuman berprotein. Untuk aktiviti pula, diet ini mencadangkan pengamalnya berjalan di treadmill 3 jam setiap hari.
- Bahayanya diet seperti ini adalah apabila hanya mengambil minuman saja, tubuh akan mengambil lemak & jaringan tubuh sebagai cadangan tenaga. Akibatnya, organ tubuh berisiko tuk mendapat kesan yg mudarat kerana digunakan sebagai cadangan tenaga agar tubuh boleh melakukan aktiviti harian. 


Diet Lemon
- Dikenali dgn Lemonade Diet atau Maple Syrup Diet, diet ini menyarankan pengamalnya hanya minum campuran jus lemon, sirap maple, serbuk cili & air putih selama 10-40 hari.
- Bahayanya mengikuti program diet ini membuatkan kadar gula dalam tubuh terganggu serta boleh menyebabkan kekurangan vitamin. Selain itu, ia boleh menyebabkan kehilangan jaringan otot


Diet Sup Kubis
- Diet ini merupakan salah satu diet ekstrem yg boleh menurunkan berat badan secara drastik dgn hanya mengambil sup kubis sebanyak-banyaknya setiap hari selama 7 hari berturut-turut.
- Bahayanya diet ini adalah, ia boleh menghilangkan pelbagai nutrisi dlm jumlah besar selain menyebabkan kekurangan vitamin & mineral. Malahan, ia juga boleh menyebabkan kerosakan rambut, kuku & kulit


Diet Biskut
- Diet ini diperkenalkan oleh Dr. Sanford Siegal. Ia merupakan diet rendah kalori yg menggunakan biskut khas tuk diet sebagai pengganti makanan harian. Pengamal diet ini perlu mengambil antara 4-6 keping biskut setiap hari. 
- Bahayanya menjalani diet ini menyebabkan anda kekurangan kalori kerana biskut diet hanya mampu memenuhi sebanyak 800 kalori setiap hari. Ini bermakna, tenaga anda hanya kuat tuk mengunyah biskut diet ini.


Diet Cacing Pita
- Diet ini adalah diet paling ekstrem. Diet cacing pita dilakukan dgn cara memakan daging yg mengandungi telur cacing pita (yg dikatakan sudah disterilkan). Cacing ini boleh membesar sehingga 9 meter dlm perut manusia.
- Kehadiran cacing dlm perut boleh mengurangi selera makan & mengganggu sistem pencernaan di samping mengganggu penyerapan nutrisi makanan sehingga dipercayai boleh membantu dlm menurunkan berat badan dgn cepat.
- Setelah mencapai berat badan yg diingini, pengamalnya perlu minum ubat antibiotik bg membunuh cacing tersebut. Bahayanya cacing pita menyebabkan rasa sakit pada perut, cirit-birit, sembelit malahan boley menyebabkan radang pada dubur. 



(sumber: Mingguan Wanita 07-13 June 2013, kelolaan: Khairun Nisa Ishak)

2 comments: